Tuesday, March 27, 2012

From CUCMS to Jerusalem


All praises and thanks to Allah, The Lord of the universe. May blessings and peace be upon the last Messenger, Muhammad S.A.W., his family, Companions and followers of his footsteps till the end of time.

I am calling for the CUCMS community – students, academicians and staffs from all departments – to be part of the global community demonstrating support and solidarity for the Palestinians in their struggle against Zionism and its occupation over Palestine by participating in the Global March to Jerusalem (GMJ) on Friday, 30th March 2012. This grand event will be held at Stadium Malawati, Shah Alam from 5.00pm to 11.30pm. Let’s us all wear black on that day.

I would also like to take this opportunity to offer my sympathy to the people of Syria. I am urging President Bashar Assad to take all necessary measures in ending the crisis for the best interest of the people and peace.

Creating awareness is key. And this can only be done through education.We can start with ourselves and people close to us before reaching out to the society. Only with awareness can the actions be generated.

I would like to reiterate my stand that the occupation over Palestine and the barbaric act against the Syrians must be ended and we are all responsible to make this happen.

Yours sincerely,


Harith Abdul Malek
President
CUCMS Student Council 2012

Saturday, March 17, 2012

Rabbana aatina...


Do'a ini bukan asing bagi orang-orang Islam. Ia merupakan wahyu Ilahi yang terkandung dalam surah al-Baqarah (ayat 201). Dan ia selalunya mengakhiri do'a-do'a lain yang kita baca selepas menunaikan solat fardhu.

Tulisan saya kali ini cuba untuk membantu diri saya dan rakan-rakan pembaca untuk membina hubungan secara "live" dengan do'a yang mulia ini setiap kali kita melafazkannya. Kita mulakan dengan memahami maksud do'a tersebut secara
direct translation.

"Wahai Tuhan kami, berikanlah pada kami kebaikan (hasanat) di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungi kami daripada azab api neraka."

Do'a penutup

Saya sering tertanya-tanya mengapa menjadi amalan ramai para imam di masjid-masjid di Malaysia untuk menyimpulkan do'a-do'a mereka selepas solat dengan do'a di atas. Barangkali permintaan-permintaan yang terdapat dalam do'a ini mencakupi segala hajat yang mereka pintakan dalam do'a-do'a lain. Atau barangkali perkara-perkara yang diminta dalam do'a ini merupakan perkara yang
ultimate, yang mana sekiranya tidak tercapai, tiadalah erti segala cita-cita atau hajat lain untuk dimakbulkan. Ini cumalah fikiran saya yang masih miskin ilmu. Saya amat menghargai perkongsian daripada rakan-rakan pembaca, terutamanya tentang pendapat para ulama' tentang kedudukan do'a ini dan amalan membacanya selepas solat.

Hasanat fid dunia

Ada tiga perkara yang kita pohonkan daripada Rabbul Jalil setiap kali kita bacakan do'a ini. Perkara pertama adalah
hasanat atau kebaikan di dunia ini. Apakah yang kita fikirkan tatkala kita memohon kepada Allah hasanat atau kebaikan di dunia? Apakah yang kita maksudkan dengan kebaikan di dunia itu sebagai kecemerlangan dalam peperiksaan, kejayaan dalam kerjaya, wang yang banyak, pengaruh dan kuasa, kelepasan daripada masalah-masalah ataupun apa-apa keperluan materi yang lain?

Para ulama' tafsir dan tasawwuf menyimpulkan makna frasa
hasanat fid dunia sebagai satu sikap yang mana dengannya kita mampu menjadi Muslim (atau menundukkan diri) kepada Allah dalam apa jua keadaan. Baik senang mahupun susah. Baik lapang mahupun sibuk. Baik muda ataupun tua. Baik sihat mahupun sakit. Kita sentiasa mampu menundukkan diri kita kepada Yang Memiliki diri kita.

Pada waktu kita kaya, kita mampu memberi dan bersyukur. Bila kita miskin, kita mampu menerima dan sabar. Waktu yang lapang menjadi sibuk dengan ibadah kepada Allah dan bakti kepada manusia. Tenaga muda digunakan untuk mencari ilmu, mendidik diri, dan membantu orang lain menyusuri jalan takwa. Zaman tua dijadikan waktu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dan mendidik anak muda dengan sabar dan kasih sayang. Segala yang nikmat yang dipinjamkan kepada kita dilaburkan untuk menjana keuntungan yang abadi. Dan segala dugaan pula dihadapi dengan sabar, redha, dan tanpa penyesalan.

Hasanat fil aakhirat

Perbincang tentang
hasanat fil aakhirat lebih ringkas atau direct. Tiadalah kebaikan di akhirat melainkan dibangkitkan bersama dengan orang-orang soleh, mendapatkan syafa'at Rasulillah, mendapatkan naungan arasy Allah S.W.T., menerima buku amalan dengan tangan kanan, dan melintasi titian sirat hingga kita mampu berdiri menghadap pintu syurga.

Perlindungan daripada api neraka

Perlindungan dan keselamatan daripada api neraka adalah kejayaan yang sebenar-benarnya dan tiada kejayaan yang lebih sempurna dan hakiki daripadanya. Mari kita lihat dan fikirkan ayat-ayat Allah tentang kejayaan yang sebenar.

"Setiap jiwa akan merasakan kematian, dan sesungguhnya akan ditunaikan pahala-pahala kamu pada hari Kiamat, maka siapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dialah yang sebenar-benarnya berjaya, dan bukanlah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu." (Ali-Imran: 185)

"Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W.): Sungguh, aku sangat takut jika aku memaksiati Tuhanku (maka Dia akan menyiksaku) dengan azab pada hari Kiamat. Sesiapa yang diselamatkan daripada siksaan pada hari itu, maka dia telah sebenar-benarnya dirahmati, dan itulah kejayaan yang jelas." (al-An'am: 15-16)

Saya berharap agar dengan memahami hakikat permintaan kita dalam do'a yang sangat mulia ini, kita dapat menjadi lebih khusyu' dan tawadhu' setiap kali kita memohonkan do'a ini pada Allah S.W.T. Semoga kekhusyukan dan kerendahan hati yang kita hadirkan dalam do'a kita dapat membersihkan hati kita daripada bintik-bintik hitam yang menghalang cahaya Allah S.W.T. daripada menghinggapi hati kita.

wAllahu 'alam.




(This post is truly dedicated to my friend Muhammad Redza bin Ravin. This is probably the best way for me to say how much I love you and how much you mean to me. I love you and your Mak Uda for the sake of Allah.)