Tuesday, August 6, 2013

Sambutan hari raya: adat atau syariat?

Menyambut hari raya adalah Syariat, bukan adat semata-mata. Maka untuk setiap satu Syariat itu, Allah telah tentukan garis panduan untuk melaksanakannya.

1) Hari Raya Fitri (Eidul Fitri) adalah perayaan yang berlangsung selama satu hari sahaja, bukan sebulan.

2) Ia adalah hari pada mana Allah perintahkan kita untuk bergembira. Maka ciptalah sebab2 untuk kita bergembira dan simpanlah cerita2 yang boleh mengundang duka.

(Sebagaimana yang diceritakan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina A'ishah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Abu Bakr, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira), dan hari ini (Eidul Fitri) adalah hari perayaan untuk kita. Hadith riwayat Muslim)

3) Pakailah pakaian yang baik2 & peliharalah aurat. Makanlah makanan yang baik2 (lazat & berkhasiat). Tetapi bersederhanalah, jangan berlebih-lebihan.

(Dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Allah sangat tidak suka kepada orang2 yang berlebih-lebihan. Surah al-'Araaf; 31)

4) Banyakkan bertakbir.

((dan Allah menghendaki) agar kamu sempurnakan tempoh puasa (selama sebulan) dan membesarkan-Nya (dengan bertakbir) atas segala yang telah dihidayahkan kepada kamu.... Surah al-Baqarah; 185)

5) Mengucapkan selamat dan berdo'a untuk satu sama yang lain.

(Wathilah mengucapkan "taqabalAllahu minna wa minka" apabila bertemu dengan Rasulullah S.A.W. pada hari raya. Rasulullah S.A.W. membalas dengan do'a / ucapan yang sama pada beliau. Hadith riwayat al-Baihaqi)


6) Jagalah waktu solat2 fardhu.

(Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan untuk orang2 yang beriman pada yang waktu2 yang tetap. Surah an-Nisa'; 103)

7) Segera mulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

(Abu Ayub r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW., "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. Hadith riwayat Muslim)

Semoga Allah menerima amalan2 kita pada Ramadhan kali ini dan sudi menerima kita sebagai tetamu-Nya dalam bulan Ramadhan pada tahun2 yang mendatang. Allahumma ameen.

wAllahu 'alam.

Monday, May 6, 2013

Melayu mengguris hatiku

Orang Melayu mengguris hatiku

Orang Melayu masih tidur lagi,
masih lena dibuai mimpi,
tidak mengapa susah sara hidup tinggi,
biarlah dirompak khazanah negeri,
anak2 berhutanglah sebelum dapat degree,
asalkan kalah si anwar yahudi.

Kau guris hatiku wahai si Melayu,
kau hancur harapan rakyat bersatu,
menumbang kezaliman membebas belenggu,
mengikat-gari tangan si penipu.

Orang Melayu masih mahu lena lagi,
kasihan anak cucu yang menanggung rugi.

wAllahu 'alam.


Monday, April 29, 2013

Saya kritik kerajaan. Tidak patriotikkah saya?

Saya ada beberapa pengalaman di'tegur' oleh orang tua2 akan sikap kritikal saya terhadap kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Kata mereka saya tidak patriotik. Tak cinta pada negara. Terikut2 budaya barat.

Ingin saya nyatakan dengan tegas, saya dan ramai lagi anak-anak muda Malaysia memilih untuk melaungkan suara perubahan semata-mata kerana rasa cinta pada tanah tumpah darah sendiri. Kita membaca, menonton TV & video2 di internet, mendengar perbahasan2 menerusi corong2 TV & radio, menganalisa kenyataan pemimpin2 negara, berfikir, membentuk pendirian, dan berdo'a siang & malam kerana kita kisah dengan apa yang berlaku kepada negara bertuah ini.



Foto ihsan:  armyoffisabilillah.blogpsot.com


Kita tidak mencanggah sejarah bahawa UMNO di bawah pimpinan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman yang berjaya memacu perjuangan rakyat sehingga tercapainya kemerdekaan. Tetapi banyak di kalangan kita yang terlupa akan the unsung heroes; mereka yang memilih haluan kiri untuk memperjuangkan kemerdekaan negara seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Pak Sako, dan Mat Indera. 

Kewujudan mereka memberi pressure daripada sudut yang berbeza kepada British untuk memberi kemerdekaan kepada mereka. Disebabkan oleh tahap ignorance yang melampau terhadap perjuangan kelompok haluan kiri telah menyebabkan rakyat berpandangan bahawa negara adalah synonym dengan UMNO/BN. Kritikal pada UMNO, maksudnya kritikal pada negara/Malaysia. Sokong pembangkang, maksudnya sokong kehancuran negara/Malaysia. Sokong pembangkang, maksudnya mahu ulang May 13. Sampai bila kita nak dibelenggu oleh pemikiran sempit ini? Pemikiran sempit yang dibina atas ignorance terhadap sejarah negara sendiri.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada pakcik2 & makcik untuk redirect kemarahan mereka kepada anak2 muda yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, yang sudah berdaftar tapi tak mahu pulang mengundi, yang menonton Iron Man III sampai 2-3 kali di panggung wayang, yang leka dengan dunia hiburan tatkala negara berada di ambang genting yang bakal menentukan pimpinan dan halatuju negara. Mereka ini yang tidak patriotik. Mereka yang tidak cinta pada Malaysia. Mereka yang terikut2 dengan budaya barat. Bukan saya, bukan sahabat2 saya.

wAllahu 'alam.

Sunday, April 28, 2013

Menilai semula Amanat Haji Hadi

Lebih kurang jam 12.30 tengahari hari ini, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan baik saya. Selepas memberi salam, dengan bersemangat dan penuh minat kawan saya bertanya, "Kau ada tak buku bertajuk Kafirkah Aku?". Saya menjawab, "Tak ada. Buku apa tu?". "Buku tentang amanat Haji Hadi", balas kawan saya ini. "Nak bincang isu amanat Haji Hadi sampai nak tulis buku. Artikel 1-2 muka surat dah boleh selesai bincang isu ini. Kalau sampai tulis buku, biasanya ada agenda politik la tu", saya memberi pandangan.

Saya sertakan link tulisan artikel Dr MAZA mengulas tentang isu amanat Haji Hadi di sini.

Kalau sahabat-sahabat meniliti artikel Dr MAZA yang saya kongsikan di atas, kita tak jadi kalut bila berbicara tentang isu amanat Haji Hadi ini. Pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang adil, kerana Allah S.W.T. menyuruh kita untuk berlaku adil dalam apa jua keadaan kerana keadilan membawa kepada taqwa. "... Berlaku adillah! kerana itu lebih dekat dengan taqwa; dan bertaqwalah kepada Allah..." (Surah al-Maidah: 8)


Banyak orang, terutamanya ahli-ahli ISMA, menyalahkan amanat Haji Hadi sebagai salah satu punca utama perpecahan ummat Islam pada hari ini.  Mereka berhujah, bahawa amanat yang berusia lebih daripada 20 tahun ini menjadi punca budaya takfir (mengkafirkan) di kalangan ummat Islam. Sampai buat press conference. Satu persoalan yang saya ingin lontarkan di sini (harapnya dijawab), mengapa amanat yang nostalgia ini dihentam dengan keras, sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, dan kenyataan ini begitu recent (tak sampai beberapa minggu yang lalu ), tidak dikritik? Kalau nak hentam, janganlah pilih bulu. Sekali lagi saya seru supaya berlakulah adil. Yang betul tetap kita kata betul, yang salah tetap salah, tak kira siapa pun pelakunya.  

wAllahu 'alam.

Bahagia

Bahagia itu rasa,
bahagia itu sakinah, tenteram,
jauh dari putus asa.

Bahagia itu tak boleh dibeli,
tak boleh dibuat-buat, atau dilakon-lakonkan.
Bila ia datang bersinggah,
cepat-cepat ucap Alhamdulillah.
supaya kita tidak lupa, 
kepada yang Mencipta rasa bahagia.

Alhamdulillah.

Bahagia itu ada kuncinya,
Nikah.

Bernikah biar ikhlas,
bernikah biar tuntas.

Baru nikah jadi gedung pahala,
baru nikah mendinding dari dosa-dosa. 

Berindu biar selalu,
Bersayang biar berpanjangan, 
Romantika hingga ke anak cucu,
Cinta membawa ke Syurga impian.

Terima kasih cinta hatiku, Za'faran.


Picture taken @ PICC, 10/10/2012

Monday, June 18, 2012

Nikmat kurniaan Allah pada waktu pagi

Gambar daripada jamesdwyer.wordpress.com
Begitu banyak hadith Rasulullah S.A.W. yang menceritakan tentang kelebihan solat Subuh secara berjemaah. 

1. Diriwayatkan daripada Saidina Uthman R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sesiapa yang solat Isha' secara berjemaah, dia akan mendapat pahala seolah-olah dia bangun solat separuh malam. Sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, dia akan mendapat pahala seolah-olah dia bangun solat sepanjang malam. (Hadith riwayat Muslim)

2.  Rasulullah S.A.W.  pernah melafazkan do'a yang berbunyi: "Ya Allah, berkatilah ummatku selagi mereka suka untuk bangun (solat) Subuh." (Hadith riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ahmad, dan Ibnu Majah)

3. Dalam satu hadith lain yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah memberitakan tentang ganjaran dapat melihat wajah Allah S.W.T. bagi mereka yang bangun solat Subuh berjemaah. 

Tidak kurang juga hadith Nabi S.A.W. yang memberi kita amaran tentang bahana apabila kita mula lalai dengan ibadah yang begitu penting ini.

1. Bagi yang mengabaikan solat Subuh berjemaah, mereka terdedah dengan penyakit atau sifat-sifat munafik. Dalam satu hadith yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya solat yang paling berat untuk mereka yang munafik adalah solat Isha' dan Subuh. Kalaulah mereka tahu akan kelebihan kedua-dua solat ini, nescaya mereka akan datang (untuk berjemaah) walaupun mereka terpaksa merangkak."

2. Abdullah ibnu Mas'ud ada meriwayatkan suatu hadith tentang seorang lelaki yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Lelaki tersebut telah dikencingkan syaitan di telinganya atau kedua telinganya." (Hadith riwayat Bukhari)

3. Dalam sebuah hadith yang lain yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari, mereka yang gagal bangkit menunaikan solat Subuh berjemaah adalah mereka yang berada dalam belenggu syaitan. Hadith tersebut berbunyi: "Syaitan mengikat (atau membelenggu) tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan 3 belenggu. Dia memukul belenggu-belenggu tersebut sambil berkata: malam masih panjang, teruskan tidurmu! Jika manusia itu bangun dan menyebut nama Allah, maka akan terungkai satu belenggu. Kemudian sekiranya dia pergi berwudhu', terungkailah belenggu yang kedua. Dan apabila dia bersolat, terungkailah belenggu yang terakhir. Maka pagi itu, dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan menyambung paginya dalam keadaan jelek dan malas." 

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menciptakan diri ini dan segala yang ada di alam ini, yang telah memilih saya sebagai salah seorang yang dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Takkan mampu untuk saya bangkit solat berjemaah pada pagi yang dingin melainkan dengan taufiq-Nya.

Saya teringin untuk berkongsi dengan rakan pembaca pengalaman sanubari saya ketika saya solat Subuh berjemaah di masjid pagi ini. Saya bermohon perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada perasaan ujub dan takabbur daripada perkongsian. Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini hanyalah sebagai motivasi untuk diri saya supaya lebih kuat dan konsisten dalam mengerjakan solat Subuh secara berjemaah. 

Apa yang ingin saya fokuskan dalam perkongsian ini adalah perasaan yang hadir dalam jiwa saya di saat yang sangat singkat, tapi penuh bermakna -- sewaktu saya menyempurnakan sujud yang pertama dalam solat Subuh pagi tadi. Perasaan yang bercampur baur, hingga bergenang kelopak mata dan terasa berat sebak di dada.

Ada padanya rasa syukur, atas kesempatan yang Allah berikan untuk saya mulakan hari ini dengan sujud menghambakan diri pada-Nya. Apakah ada lagi nikmat yang lebih berharga selain daripada bergelar sebagai Abdullah?

Datang menerjah dalam diri saya rasa insaf atas kelalaian yang lalu terhadap ibadah pada waktu pagi. Tapi pagi ini, Allah bukakan semula jalan untuk saya kembali mengagungkan-Nya.

Terbit juga harapan supaya sujud saya diterima dan disukai Allah S.WT., walaupun saya sedar keadaan diri saya yang hina disebabkan dosa-dosa yang telah saya lakukan. 

Pada waktu saya hampir mengangkat kepala untuk bangun duduk di antara dua sujud, terlintas rasa kebimbangan terhadap ketidakpastian tentang hari esok. Adakah esok saya beroleh lagi taufiq dan kekuatan untuk menjadi hamba kepada-Nya?
 
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian kecil ini. 

wAllahu 'alam.

Saturday, June 9, 2012

Cherishing success, reflecting upon misadventure


Salam to all.

I hope it’s not too late for me to congratulate our brothers and sisters from the class of MBBS 2010 for their excellent performance in the first professional examinations. I had the chance to attend the examination feedback session and the announcement of the results last Friday (08.06.12). 

22 students had achieved distinction in the examinations. The examiners had left tones of positive and encouraging comments about how the students were performing during the OSCE examinations. Dr. Hazian mentioned on how many students demonstrated better communication skills than today’s clinician did. They also managed to record a very high pass rate for SBAQ examination—over 95%.

Hence, I would like to take this opportunity to share a few advices to the near-future Year 3 medical students. To the 22 students who have been the pride of the university, please do not forget to be thankful to Allah for He had given you all that you needed—dedicated lecturers, clear understanding of what you have learn, supportive family members and friends, etc.—to accomplish such a success.  

To the others who have passed the examination, be thankful to Allah for still giving you more rooms to expand and improve yourself. To those who have unfortunately failed the examination, please do not despair; but be thankful to Allah for giving you an unquestionably genuine reason to beseech Him. Work hard for your re-sit examinations and let us know if we can be of assistance.

wAllahu ‘alam (and Allah knows best)