Menyambut hari raya adalah Syariat, bukan adat semata-mata. Maka untuk setiap satu Syariat itu, Allah telah tentukan garis panduan untuk melaksanakannya.
1) Hari Raya Fitri (Eidul Fitri) adalah perayaan yang berlangsung selama satu hari sahaja, bukan sebulan.
2) Ia adalah hari pada mana Allah perintahkan kita untuk bergembira. Maka ciptalah sebab2 untuk kita bergembira dan simpanlah cerita2 yang boleh mengundang duka.
(Sebagaimana yang diceritakan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina A'ishah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Abu Bakr, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira), dan hari ini (Eidul Fitri) adalah hari perayaan untuk kita. Hadith riwayat Muslim)
3) Pakailah pakaian yang baik2 & peliharalah aurat. Makanlah makanan yang baik2 (lazat & berkhasiat). Tetapi bersederhanalah, jangan berlebih-lebihan.
(Dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Allah sangat tidak suka kepada orang2 yang berlebih-lebihan. Surah al-'Araaf; 31)
4) Banyakkan bertakbir.
((dan Allah menghendaki) agar kamu sempurnakan tempoh puasa (selama sebulan) dan membesarkan-Nya (dengan bertakbir) atas segala yang telah dihidayahkan kepada kamu.... Surah al-Baqarah; 185)
5) Mengucapkan selamat dan berdo'a untuk satu sama yang lain.
(Wathilah mengucapkan "taqabalAllahu minna wa minka" apabila bertemu dengan Rasulullah S.A.W. pada hari raya. Rasulullah S.A.W. membalas dengan do'a / ucapan yang sama pada beliau. Hadith riwayat al-Baihaqi)
6) Jagalah waktu solat2 fardhu.
(Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan untuk orang2 yang beriman pada yang waktu2 yang tetap. Surah an-Nisa'; 103)
7) Segera mulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.
(Abu Ayub r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW., "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. Hadith riwayat Muslim)
Semoga Allah menerima amalan2 kita pada Ramadhan kali ini dan sudi menerima kita sebagai tetamu-Nya dalam bulan Ramadhan pada tahun2 yang mendatang. Allahumma ameen.
wAllahu 'alam.
Better to write for yourself and have no public, than to write for the public and have no self. -Cyril Connolly (1903-1974)
Tuesday, August 6, 2013
Monday, May 6, 2013
Melayu mengguris hatiku
Orang Melayu mengguris hatiku
Orang Melayu masih tidur lagi,
masih lena dibuai mimpi,
tidak mengapa susah sara hidup tinggi,
biarlah dirompak khazanah negeri,
anak2 berhutanglah sebelum dapat degree,
asalkan kalah si anwar yahudi.
Kau guris hatiku wahai si Melayu,
kau hancur harapan rakyat bersatu,
menumbang kezaliman membebas belenggu,
mengikat-gari tangan si penipu.
Orang Melayu masih mahu lena lagi,
kasihan anak cucu yang menanggung rugi.
wAllahu 'alam.
Orang Melayu masih tidur lagi,
masih lena dibuai mimpi,
tidak mengapa susah sara hidup tinggi,
biarlah dirompak khazanah negeri,
anak2 berhutanglah sebelum dapat degree,
asalkan kalah si anwar yahudi.
Kau guris hatiku wahai si Melayu,
kau hancur harapan rakyat bersatu,
menumbang kezaliman membebas belenggu,
mengikat-gari tangan si penipu.
Orang Melayu masih mahu lena lagi,
kasihan anak cucu yang menanggung rugi.
wAllahu 'alam.
Monday, April 29, 2013
Saya kritik kerajaan. Tidak patriotikkah saya?
Saya ada beberapa pengalaman di'tegur' oleh orang tua2 akan sikap kritikal saya terhadap kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Kata mereka saya tidak patriotik. Tak cinta pada negara. Terikut2 budaya barat.
Ingin saya nyatakan dengan tegas, saya dan ramai lagi anak-anak muda Malaysia memilih untuk melaungkan suara perubahan semata-mata kerana rasa cinta pada tanah tumpah darah sendiri. Kita membaca, menonton TV & video2 di internet, mendengar perbahasan2 menerusi corong2 TV & radio, menganalisa kenyataan pemimpin2 negara, berfikir, membentuk pendirian, dan berdo'a siang & malam kerana kita kisah dengan apa yang berlaku kepada negara bertuah ini.
Ingin saya nyatakan dengan tegas, saya dan ramai lagi anak-anak muda Malaysia memilih untuk melaungkan suara perubahan semata-mata kerana rasa cinta pada tanah tumpah darah sendiri. Kita membaca, menonton TV & video2 di internet, mendengar perbahasan2 menerusi corong2 TV & radio, menganalisa kenyataan pemimpin2 negara, berfikir, membentuk pendirian, dan berdo'a siang & malam kerana kita kisah dengan apa yang berlaku kepada negara bertuah ini.
Foto ihsan: armyoffisabilillah.blogpsot.com
Kita tidak mencanggah sejarah bahawa UMNO di bawah pimpinan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman yang berjaya memacu perjuangan rakyat sehingga tercapainya kemerdekaan. Tetapi banyak di kalangan kita yang terlupa akan the unsung heroes; mereka yang memilih haluan kiri untuk memperjuangkan kemerdekaan negara seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Pak Sako, dan Mat Indera.
Kewujudan mereka memberi pressure daripada sudut yang berbeza kepada British untuk memberi kemerdekaan kepada mereka. Disebabkan oleh tahap ignorance yang melampau terhadap perjuangan kelompok haluan kiri telah menyebabkan rakyat berpandangan bahawa negara adalah synonym dengan UMNO/BN. Kritikal pada UMNO, maksudnya kritikal pada negara/Malaysia. Sokong pembangkang, maksudnya sokong kehancuran negara/Malaysia. Sokong pembangkang, maksudnya mahu ulang May 13. Sampai bila kita nak dibelenggu oleh pemikiran sempit ini? Pemikiran sempit yang dibina atas ignorance terhadap sejarah negara sendiri.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada pakcik2 & makcik untuk redirect kemarahan mereka kepada anak2 muda yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, yang sudah berdaftar tapi tak mahu pulang mengundi, yang menonton Iron Man III sampai 2-3 kali di panggung wayang, yang leka dengan dunia hiburan tatkala negara berada di ambang genting yang bakal menentukan pimpinan dan halatuju negara. Mereka ini yang tidak patriotik. Mereka yang tidak cinta pada Malaysia. Mereka yang terikut2 dengan budaya barat. Bukan saya, bukan sahabat2 saya.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada pakcik2 & makcik untuk redirect kemarahan mereka kepada anak2 muda yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, yang sudah berdaftar tapi tak mahu pulang mengundi, yang menonton Iron Man III sampai 2-3 kali di panggung wayang, yang leka dengan dunia hiburan tatkala negara berada di ambang genting yang bakal menentukan pimpinan dan halatuju negara. Mereka ini yang tidak patriotik. Mereka yang tidak cinta pada Malaysia. Mereka yang terikut2 dengan budaya barat. Bukan saya, bukan sahabat2 saya.
wAllahu 'alam.
Sunday, April 28, 2013
Menilai semula Amanat Haji Hadi
Lebih kurang jam 12.30 tengahari hari ini, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan baik saya. Selepas memberi salam, dengan bersemangat dan penuh minat kawan saya bertanya, "Kau ada tak buku bertajuk Kafirkah Aku?". Saya menjawab, "Tak ada. Buku apa tu?". "Buku tentang amanat Haji Hadi", balas kawan saya ini. "Nak bincang isu amanat Haji Hadi sampai nak tulis buku. Artikel 1-2 muka surat dah boleh selesai bincang isu ini. Kalau sampai tulis buku, biasanya ada agenda politik la tu", saya memberi pandangan.
Saya sertakan link tulisan artikel Dr MAZA mengulas tentang isu amanat Haji Hadi di sini.
Kalau sahabat-sahabat meniliti artikel Dr MAZA yang saya kongsikan di atas, kita tak jadi kalut bila berbicara tentang isu amanat Haji Hadi ini. Pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang adil, kerana Allah S.W.T. menyuruh kita untuk berlaku adil dalam apa jua keadaan kerana keadilan membawa kepada taqwa. "... Berlaku adillah! kerana itu lebih dekat dengan taqwa; dan bertaqwalah kepada Allah..." (Surah al-Maidah: 8)
Banyak orang, terutamanya ahli-ahli ISMA, menyalahkan amanat Haji Hadi sebagai salah satu punca utama perpecahan ummat Islam pada hari ini. Mereka berhujah, bahawa amanat yang berusia lebih daripada 20 tahun ini menjadi punca budaya takfir (mengkafirkan) di kalangan ummat Islam. Sampai buat press conference. Satu persoalan yang saya ingin lontarkan di sini (harapnya dijawab), mengapa amanat yang nostalgia ini dihentam dengan keras, sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, dan kenyataan ini begitu recent (tak sampai beberapa minggu yang lalu ), tidak dikritik? Kalau nak hentam, janganlah pilih bulu. Sekali lagi saya seru supaya berlakulah adil. Yang betul tetap kita kata betul, yang salah tetap salah, tak kira siapa pun pelakunya.
wAllahu 'alam.
Bahagia
Bahagia itu rasa,
bahagia itu sakinah, tenteram,
jauh dari putus asa.
Bahagia itu tak boleh dibeli,
tak boleh dibuat-buat, atau dilakon-lakonkan.
Bila ia datang bersinggah,
cepat-cepat ucap Alhamdulillah.
supaya kita tidak lupa,
kepada yang Mencipta rasa bahagia.
Alhamdulillah.
Bahagia itu ada kuncinya,
Nikah.
Bernikah biar ikhlas,
bernikah biar tuntas.
Baru nikah jadi gedung pahala,
baru nikah mendinding dari dosa-dosa.
Berindu biar selalu,
Bersayang biar berpanjangan,
Romantika hingga ke anak cucu,
Cinta membawa ke Syurga impian.
Terima kasih cinta hatiku, Za'faran.
Picture taken @ PICC, 10/10/2012
Monday, June 18, 2012
Nikmat kurniaan Allah pada waktu pagi
| Gambar daripada jamesdwyer.wordpress.com |
Begitu banyak hadith Rasulullah S.A.W. yang menceritakan tentang kelebihan solat Subuh secara berjemaah.
1. Diriwayatkan daripada Saidina Uthman R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sesiapa yang solat Isha' secara berjemaah, dia akan mendapat pahala seolah-olah dia bangun solat separuh malam. Sesiapa yang solat Subuh secara berjemaah, dia akan mendapat pahala seolah-olah dia bangun solat sepanjang malam. (Hadith riwayat Muslim)
2. Rasulullah S.A.W. pernah melafazkan do'a yang berbunyi: "Ya Allah, berkatilah ummatku selagi mereka suka untuk bangun (solat) Subuh." (Hadith riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ahmad, dan Ibnu Majah)
3. Dalam satu hadith lain yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah memberitakan tentang ganjaran dapat melihat wajah Allah S.W.T. bagi mereka yang bangun solat Subuh berjemaah.
Tidak kurang juga hadith Nabi S.A.W. yang memberi kita amaran tentang bahana apabila kita mula lalai dengan ibadah yang begitu penting ini.
1. Bagi yang mengabaikan solat Subuh berjemaah, mereka terdedah dengan penyakit atau sifat-sifat munafik. Dalam satu hadith yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya solat yang paling berat untuk mereka yang munafik adalah solat Isha' dan Subuh. Kalaulah mereka tahu akan kelebihan kedua-dua solat ini, nescaya mereka akan datang (untuk berjemaah) walaupun mereka terpaksa merangkak."
2. Abdullah ibnu Mas'ud ada meriwayatkan suatu hadith tentang seorang lelaki yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Lelaki tersebut telah dikencingkan syaitan di telinganya atau kedua telinganya." (Hadith riwayat Bukhari)
3. Dalam sebuah hadith yang lain yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari, mereka yang gagal bangkit menunaikan solat Subuh berjemaah adalah mereka yang berada dalam belenggu syaitan. Hadith tersebut berbunyi: "Syaitan mengikat (atau membelenggu) tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan 3 belenggu. Dia memukul belenggu-belenggu tersebut sambil berkata: malam masih panjang, teruskan tidurmu! Jika manusia itu bangun dan menyebut nama Allah, maka akan terungkai satu belenggu. Kemudian sekiranya dia pergi berwudhu', terungkailah belenggu yang kedua. Dan apabila dia bersolat, terungkailah belenggu yang terakhir. Maka pagi itu, dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan menyambung paginya dalam keadaan jelek dan malas."
Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menciptakan diri ini dan segala yang ada di alam ini, yang telah memilih saya sebagai salah seorang yang dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Takkan mampu untuk saya bangkit solat berjemaah pada pagi yang dingin melainkan dengan taufiq-Nya.
Saya teringin untuk berkongsi dengan rakan pembaca pengalaman sanubari saya ketika saya solat Subuh berjemaah di masjid pagi ini. Saya bermohon perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada perasaan ujub dan takabbur daripada perkongsian. Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini hanyalah sebagai motivasi untuk diri saya supaya lebih kuat dan konsisten dalam mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.
Apa yang ingin saya fokuskan dalam perkongsian ini adalah perasaan yang hadir dalam jiwa saya di saat yang sangat singkat, tapi penuh bermakna -- sewaktu saya menyempurnakan sujud yang pertama dalam solat Subuh pagi tadi. Perasaan yang bercampur baur, hingga bergenang kelopak mata dan terasa berat sebak di dada.
Ada padanya rasa syukur, atas kesempatan yang Allah berikan untuk saya mulakan hari ini dengan sujud menghambakan diri pada-Nya. Apakah ada lagi nikmat yang lebih berharga selain daripada bergelar sebagai Abdullah?
Datang menerjah dalam diri saya rasa insaf atas kelalaian yang lalu terhadap ibadah pada waktu pagi. Tapi pagi ini, Allah bukakan semula jalan untuk saya kembali mengagungkan-Nya.
Terbit juga harapan supaya sujud saya diterima dan disukai Allah S.WT., walaupun saya sedar keadaan diri saya yang hina disebabkan dosa-dosa yang telah saya lakukan.
Pada waktu saya hampir mengangkat kepala untuk bangun duduk di antara dua sujud, terlintas rasa kebimbangan terhadap ketidakpastian tentang hari esok. Adakah esok saya beroleh lagi taufiq dan kekuatan untuk menjadi hamba kepada-Nya?
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian kecil ini.
wAllahu 'alam.
Saturday, June 9, 2012
Cherishing success, reflecting upon misadventure
Salam to all.
I hope it’s
not too late for me to congratulate our brothers and sisters from the class of
MBBS 2010 for their excellent performance in the first professional
examinations. I had the chance to attend the examination feedback session and the
announcement of the results last Friday (08.06.12).
22 students had achieved distinction in the examinations. The examiners had left tones of positive and encouraging comments about how the students were performing during the OSCE examinations. Dr. Hazian mentioned on how many students demonstrated better communication skills than today’s clinician did. They also managed to record a very high pass rate for SBAQ examination—over 95%.
22 students had achieved distinction in the examinations. The examiners had left tones of positive and encouraging comments about how the students were performing during the OSCE examinations. Dr. Hazian mentioned on how many students demonstrated better communication skills than today’s clinician did. They also managed to record a very high pass rate for SBAQ examination—over 95%.
Hence, I
would like to take this opportunity to share a few advices to the near-future
Year 3 medical students. To the 22 students who have been the pride of the
university, please do not forget to be thankful to Allah for He had given you
all that you needed—dedicated lecturers, clear understanding of what you have
learn, supportive family members and friends, etc.—to accomplish such a
success.
To the others
who have passed the examination, be thankful to Allah for still giving you more
rooms to expand and improve yourself. To those who have unfortunately failed
the examination, please do not despair; but be thankful to Allah for giving you
an unquestionably genuine reason to beseech Him. Work hard for your re-sit
examinations and let us know if we can be of assistance.
wAllahu ‘alam
(and Allah knows best)
Wednesday, May 2, 2012
No to pornography!
I am writing this
to express my disapproval against the display of ‘pornographic’ materials
on the headlines of Utusan Malaysia, edition May 02, 2012. Coming from the community of future health practitioners from many fields—medicine, pharmacy,
homeopathy, paramedic, etc.—I strongly object this act and consider it as
irresponsible and can only bring harm to the Malaysian society.
I am really worried
that the outspread of these obscene photographs will annul the continuous and
progressive efforts various organizations to build a society of the highest
morality. Moreover, we can see the same reaction of the general public to this
matter as many are showing discontent to the yesterday’s Utusan Malaysia
headlines. It is important that we recognize that our youth are the one that are going to be mostly affected by this
unhealthy trend of the mass media.
The mainstream media
should realize that they hold a crucial responsibility in shaping the character
and perspective of the nation’s youth. They should not let any political motive
to interfere with this responsibility as it will soon prove to be deleterious
to the people’s interest and the social harmony.
All the mainstream media cooperation must act more responsibly and be more
careful in choosing the materials for general public display. This is to ensure
that the social development of the nation’s youth would not be hampered by
virulent dirty social culture. The youth and their worldview do have a deciding
role in the progress of our country.
wAllahu 'alam.
Tuesday, March 27, 2012
From CUCMS to Jerusalem

All praises and thanks to Allah, The Lord of the universe. May blessings and peace be upon the last Messenger, Muhammad S.A.W., his family, Companions and followers of his footsteps till the end of time.
I am calling for the CUCMS community – students, academicians and staffs from all departments – to be part of the global community demonstrating support and solidarity for the Palestinians in their struggle against Zionism and its occupation over Palestine by participating in the Global March to Jerusalem (GMJ) on Friday, 30th March 2012. This grand event will be held at Stadium Malawati, Shah Alam from 5.00pm to 11.30pm. Let’s us all wear black on that day.
I would also like to take this opportunity to offer my sympathy to the people of Syria. I am urging President Bashar Assad to take all necessary measures in ending the crisis for the best interest of the people and peace.
Creating awareness is key. And this can only be done through education.We can start with ourselves and people close to us before reaching out to the society. Only with awareness can the actions be generated.
I would like to reiterate my stand that the occupation over Palestine and the barbaric act against the Syrians must be ended and we are all responsible to make this happen.
Yours sincerely,
Harith Abdul Malek
President
CUCMS Student Council 2012
Saturday, March 17, 2012
Rabbana aatina...

Do'a ini bukan asing bagi orang-orang Islam. Ia merupakan wahyu Ilahi yang terkandung dalam surah al-Baqarah (ayat 201). Dan ia selalunya mengakhiri do'a-do'a lain yang kita baca selepas menunaikan solat fardhu.
Tulisan saya kali ini cuba untuk membantu diri saya dan rakan-rakan pembaca untuk membina hubungan secara "live" dengan do'a yang mulia ini setiap kali kita melafazkannya. Kita mulakan dengan memahami maksud do'a tersebut secara direct translation.
"Wahai Tuhan kami, berikanlah pada kami kebaikan (hasanat) di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungi kami daripada azab api neraka."
Do'a penutup
Saya sering tertanya-tanya mengapa menjadi amalan ramai para imam di masjid-masjid di Malaysia untuk menyimpulkan do'a-do'a mereka selepas solat dengan do'a di atas. Barangkali permintaan-permintaan yang terdapat dalam do'a ini mencakupi segala hajat yang mereka pintakan dalam do'a-do'a lain. Atau barangkali perkara-perkara yang diminta dalam do'a ini merupakan perkara yang ultimate, yang mana sekiranya tidak tercapai, tiadalah erti segala cita-cita atau hajat lain untuk dimakbulkan. Ini cumalah fikiran saya yang masih miskin ilmu. Saya amat menghargai perkongsian daripada rakan-rakan pembaca, terutamanya tentang pendapat para ulama' tentang kedudukan do'a ini dan amalan membacanya selepas solat.
Hasanat fid dunia
Ada tiga perkara yang kita pohonkan daripada Rabbul Jalil setiap kali kita bacakan do'a ini. Perkara pertama adalah hasanat atau kebaikan di dunia ini. Apakah yang kita fikirkan tatkala kita memohon kepada Allah hasanat atau kebaikan di dunia? Apakah yang kita maksudkan dengan kebaikan di dunia itu sebagai kecemerlangan dalam peperiksaan, kejayaan dalam kerjaya, wang yang banyak, pengaruh dan kuasa, kelepasan daripada masalah-masalah ataupun apa-apa keperluan materi yang lain?
Para ulama' tafsir dan tasawwuf menyimpulkan makna frasa hasanat fid dunia sebagai satu sikap yang mana dengannya kita mampu menjadi Muslim (atau menundukkan diri) kepada Allah dalam apa jua keadaan. Baik senang mahupun susah. Baik lapang mahupun sibuk. Baik muda ataupun tua. Baik sihat mahupun sakit. Kita sentiasa mampu menundukkan diri kita kepada Yang Memiliki diri kita.
Pada waktu kita kaya, kita mampu memberi dan bersyukur. Bila kita miskin, kita mampu menerima dan sabar. Waktu yang lapang menjadi sibuk dengan ibadah kepada Allah dan bakti kepada manusia. Tenaga muda digunakan untuk mencari ilmu, mendidik diri, dan membantu orang lain menyusuri jalan takwa. Zaman tua dijadikan waktu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dan mendidik anak muda dengan sabar dan kasih sayang. Segala yang nikmat yang dipinjamkan kepada kita dilaburkan untuk menjana keuntungan yang abadi. Dan segala dugaan pula dihadapi dengan sabar, redha, dan tanpa penyesalan.
Hasanat fil aakhirat
Perbincang tentang hasanat fil aakhirat lebih ringkas atau direct. Tiadalah kebaikan di akhirat melainkan dibangkitkan bersama dengan orang-orang soleh, mendapatkan syafa'at Rasulillah, mendapatkan naungan arasy Allah S.W.T., menerima buku amalan dengan tangan kanan, dan melintasi titian sirat hingga kita mampu berdiri menghadap pintu syurga.
Perlindungan daripada api neraka
Perlindungan dan keselamatan daripada api neraka adalah kejayaan yang sebenar-benarnya dan tiada kejayaan yang lebih sempurna dan hakiki daripadanya. Mari kita lihat dan fikirkan ayat-ayat Allah tentang kejayaan yang sebenar.
"Setiap jiwa akan merasakan kematian, dan sesungguhnya akan ditunaikan pahala-pahala kamu pada hari Kiamat, maka siapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dialah yang sebenar-benarnya berjaya, dan bukanlah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu." (Ali-Imran: 185)
"Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W.): Sungguh, aku sangat takut jika aku memaksiati Tuhanku (maka Dia akan menyiksaku) dengan azab pada hari Kiamat. Sesiapa yang diselamatkan daripada siksaan pada hari itu, maka dia telah sebenar-benarnya dirahmati, dan itulah kejayaan yang jelas." (al-An'am: 15-16)
Saya berharap agar dengan memahami hakikat permintaan kita dalam do'a yang sangat mulia ini, kita dapat menjadi lebih khusyu' dan tawadhu' setiap kali kita memohonkan do'a ini pada Allah S.W.T. Semoga kekhusyukan dan kerendahan hati yang kita hadirkan dalam do'a kita dapat membersihkan hati kita daripada bintik-bintik hitam yang menghalang cahaya Allah S.W.T. daripada menghinggapi hati kita.
wAllahu 'alam.

(This post is truly dedicated to my friend Muhammad Redza bin Ravin. This is probably the best way for me to say how much I love you and how much you mean to me. I love you and your Mak Uda for the sake of Allah.)
Tuesday, May 31, 2011
Bicara
Friday, April 15, 2011
Aku masih boleh pulang
Selesai solat Subuh pagi tadi, aku dapat peluang untuk pergi ziarah tanah perkuburan yang tak berapa jauh dari rumah aku. Ziarah untuk cari iktibar, peringatan tentang hakikat sebenar kehidupan.

Aku nyaris-nyaris terlepas simpang untuk masuk ke tanah perkuburan Kota Masai. Kali pertama aku datang ke sini. Tak biasa dengan jalan dia.
Suasana memang sunyi. Tak ada siapa pun kat situ. Langit pun belum betul-betul terang. Sebelum aku naik kereta untuk ke sini, ada terlintas kegusaran dalam hati aku. "Ya Allah, tolong ampunkan aku kalau-kalau aku tak mampu insaf walaupun terpampang jelas akan bukti kefanaan hidup ini. Aku takut hati aku dah keras. Ampunkan aku, ya Allah."
Ziarah aku dimulakan dengan salam ke atas ahli qubur. "Assalamu'alaikum ya ahlil qubuur, kau telah pergi dahulu, dan aku pasti akan menyusuli kamu, insha Allah." Aku membaca surah al-Fatihah sebagai memulakan do'a memohon ampun dan 'aafiat untuk aku dan semua Muslimin dan Muslimat, samada yang masih hidup atau yang sudah mati.
Tak jauh daripada tempat aku berdiri ada dua liang lahad yang aku kira baru sahaja digali. Belum ada yang mengisi. Aku jalan menghampiri liang lahad tadi. Sempit. Aku nampak seekor anak lipan berkeliaran di gigi salah satu daripada dua lubang kubur. Kalau bukan bekal amal soleh, pasti semut, lipan, kala jengking, dan binatang-binatang berbisa yang lain yang akan menemani bakal penghuni liang lahad tadi.
Setelah selesai 11 kali aku ulangi surah al-Ikhlas, aku pun melangkah ke belakang berundur untuk pulang. Setakat ini, aku belum pasti apa iktibar yang aku perolehi daripada ziarah kali ini. Hati aku masih aku rasa kering. "Astaghfirullahal 'Azeem...".
Pintu kereta aku buka. Enjin aku hidupkan. Clutch aku pijak dan gear satu aku pilih. Accelerator aku pijak dan perlahan-perlahan kereta aku menghampiri pintu keluar meninggalkan tanah perkuburan Kota Masai. Terlintas ilham di hatiku, "Aku masih boleh pulang. Mungkin lain kali aku datang ke sini, aku tetap di sini. Tak boleh kembali."
Allahu akbar!
"... dan Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus." (al-Baqarah: 213)

Lubang kubur daripada dalam
wAllahu 'alam.
Sekejap

Hidup di atas dunia ini sangat pendek. Pada awal kelahiran kita, azan dilaungkan di telinga kanan. Dan pada waktu kematian kita, jenazah kita disolatkan. Begitulah umpamanya tempoh hidup kita di dunia. Tidaklah lebih daripada tempoh yang memisahkan azan dan solat. Sangat singkat. Sangat sekejap.
"(Terus-teruslah) Beribadah untuk Tuhan-mu sehingga tiba kepadamu suatu perkara yang diyakini (iaitu mati)." (Al-Hijr: 99)
wAllahu 'alam.
Thursday, April 14, 2011
Jangan kita berpaling
"Wahai Tuhan kami, (Penjaga dan Pelindung kami), jangan Kau palingkan hati kami sesudah Kau berikan petunjuk kepada kami, dan curahkanlah ke atas kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemberi." (An-Nisa': 8)

Syaitan telah memulakan usaha mereka untuk memalingkan kita daripada tauhid pada saat kita menghirup nafas pertama lagi. Sebuah hadith daripada Sahih Muslim menceritakan bagaimana syaitan datang mengganggu setiap anak yang baru dilahirkan dengan "mencucuk-cucuk" anak itu. Sehingga Nabi S.A.W. memerintahkan kita supaya melaungkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri anak yang baru dilahirkan tadi. Dalam sebuah hadith lain, Nabi S.A.W. menceritakan bagaimana syaitan-syaitan sibuk membisikkan cadangan-cadangan nama yang tidak baik kepada ibu atau bapa untuk diberikan kepada anak mereka yang baru sehari-dua usia. Nama yang baik adalah langkah pertama dalam pembentukan karakter yang baik. Perhatikan bagaimana musuh-musuh kita memulakan kerja-kerja mereka untuk menjatuhkan kita ke dalam neraka sejak awal usia kita lagi.

Musuh-musuh kita ini tidak pernah lelah mencari jalan untuk memalingkan kita daripada mengesakan Allah sehinggalah pada sisa-sisa akhir kehidupan kita. Dan pada ketika inilah mereka memberikan serangan yang terhebat terhadap aqidah kita. Pelbagai fitnah dihujankan ke atas kita. Antaranya, menurut banyak riwayat yang kuat daripada para ulama', syaitan-syaitan boleh datang kepada kita yang sedang hampir dengan sakaratul maut dan mereka menyerupai orang-orang yang kita sayangi. Syaitan-syaitan laknat ini akan me'nasihat'kan kita supaya memilih apa saja kepercayaan selain daripada Islam sebelum kita menghembuskan nafas kita yang terakhir. Mereka bukan sahaja menawarkan agama Kristian dan Yahudi, tetapi demokrasi, Islam liberal, pluralisme, dan sebagainya sebagai 'alternatif' kepada Islam yang mulia.
Musuh kita sangat licik dan sangat tegar dalam usaha mereka untuk menyesatkan kita. Maka selalulah kita berdo'a kepada Allah Jalla wa 'Ala, agar ditetapkan hati kita atas Iman dan Islam sehingga kita melepasi saat sakaratul maut.
wAllahu'alam.
Sunday, March 27, 2011
Gua sedih
Gua sedih.
Bila gua dah mula bahasakan diri gua "gua" dan pembaca gua "lu", maknanya gua akan merungut tentang sesuatu yang gua rasa tersangatlah "annoying".
Pagi tadi gua berbual santai dengan sepupu gua. Nama dia Muhammad. Umur dia 8 tahun. Semalam gua solat Asar berjemaah dengan dia. Gua jadi imam. Dia tegur gua; dia cakap gua sujud sekejap sangat. Dia pun peringat kat gua. Kata dia, "Kita kalau solat, jangan main baca je do'a tahiyyat, tasbih, masa kita solat." Gua pun kasik respon, "Betul, betul."
"Kita ni selalu solat, bacaan semua cukup, lengkap. Tapi fikiran selalu ke tempat lain. Ingat TV, kawan, homework, macam-macam lagi la", Muhammad sambung tazkirah dia.
Gua cakap, "Abang pun ada masalah camtu. Susah betul nak khusyuk dalam solat."
"Memang susah. Tapi kita kena cuba jugak. Usaha banyak-banyak", sepupu gua yang kenit ni, tapi cerdik sambung lagi.
Gua tanya dia, "Kenapa Mat (nama manja dia) nak sangat khusyuk dalam solat?"
"Mat nak dapat Haqqul Yaqin!", pantas Muhammad menjawab.
"Apa tu Haqqul Yaqin?", gua tanya mintak penjelasan.
"Bila kita capai Haqqul Yaqin, kita takkan boleh nak lupa pada Allah. Mat tak nak lupa pada Allah. Jadi, Mat kena khusyuk semasa solat. Baru Mat boleh dapat Haqqul Yaqin", padat penjelasan sepupu gua ni.

Gua seronok bila tengok anak-anak kecil mampu menghayati iman macam Muhammad ni. Muhammad bercita-cita nak menuju Haqqul Yaqin. Tapi gua sedih. Gua teramat sedih bila member-member gua yang dah lebih 10 tahun baligh, bercita-cita nak jadi hero dalam cerita cinta masing-masing.
Muhammad tu berapa umur dia? 8 tahun la brader. Lu, umur dah lebih 18 tahun, bulu ketiak pun dah panjang mencecah ke pinggang, tak reti-reti nak menghayati makna iman. Lu patut malu. Muhammad ni lebih layak nikah dengan awek yang lu tatang macam minyak yang penuh. Muhammad ni jauh lebih matang daripada lu. Muhammad ni lagi dekat dengan Allah daripada lu.
Lu patut malu.
Lu, makna Haqqul Yaqin pun tak tahu. Bila tak tahu, tak nak belajar. Bodoh. Sombong pulak. Bodoh sombong. Tapi mungkin lu bukan sombong. Gua nak berbaik sangka. Nak berharap. Gua fikir, lu tak tahu pun apa yang lu tak tahu. Jadi lu pun tak tahu apa yang lu patut belajar.
Gua ni marah-marah, tulis perkara-perkara macam ni, kena beringat jugak.
Ya Allah,
Aku ingin berdo'a, sekarang.
Tolong dengar luah kata hatiku.
Aku ingin mahukan hanya Engkau,
aku ingin cintakan hanya Engkau,
aku ingin berkorban untuk Engkat,
aku ingin hidup dan mati untuk Engkau.
Pimpin tanganku wahai ar-Rahman,
pandanglah aku dalam solatku,
pandulah aku dalam langkahku,
peliharalah aku pada perkataanku,
tetapkan aku atas jalan Nabi-Mu,
lindungiku daripada jilatan api neraka-Mu.
Ameen, ya Rabb.
Gua masih sedih.
wAllahu 'alam.
Wednesday, March 23, 2011
Harga. Siapa yang letak?
Apa yang kita buat,
hanya boleh dihargai,
bila ia jelas,
boleh dinampak,
boleh dilihat.
Manusia tak selalu nampak kita,
Jadi, manusia tak mampu hargai semua yang kita usaha,
Allah pula selalu nampak kita,
Jadi, Dia tak akan pernah mensia-siakan usaha kita.
Oh Allah,
ampunkan aku,
selalu saja aku gantikan,
berkat dan redha-Mu,
dengan puji dan keji manusia,
manusia yang fana',
Allahummaghfirli....
wAllahu 'alam
Wednesday, March 9, 2011
Kita buat Quran sekadar penyeri majlis
Saya tak ragu-ragu nak cakap yang ummat kita sekarang dhaif, lemah. Sebab tiap-tiap hari saya boleh nampak bagaimana ummat ini membaca al-Quranul Karim hanya untuk tujuan-tujuan yang bukan asas. Contohnya, bacaan untuk membuka dan memberkati majlis, bacaan untuk si mati, bacaan ketika kenduri kesyukuran sempena menyambut hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya.

Bila ummat Islam sudah mula nampak al-Quran daripada persepsi yang sempit, seperti yang saya ceritakan kat atas, maknanya ummat Islam sedang terkapai-kapai, tak ada arah tujuan. Allah yang Maha Kaya turunkan al-Quran kepada kita untuk dibuat panduan; rujukan dalam segala perkara yang bersangkut-paut dengan hidup dan mati. Sahabat-sahabat Nabi S.A.W. sangat berdisiplin dalam menghayati al-Quran. Mereka akan belajar hanya 10 ayat dan berusaha, bermujahadah untuk mengamalkan ayat-ayat tersebut sehingga ayat-ayat itu meresap ke dalam darah daging mereka. Tujuan ayat-ayat itu pun menjadi tabiat hidup mereka. Hanya setelah itu mereka berganjak untuk mempelajari 10 ayat yang lain.
Lagi menyedihkan, ada pula segolongan manusia daripada ummat ini yang sibuk mempelajari al-Quran untuk tujuan berhujah dan memenangkan kelompok masing-masing. Intipati al-Quran ditelaah untuk menjadi pedang dan perisai ketika bertarung dalam debat-debat yang mungkin tak akan membuahkan amal soleh. Lebih mungkin, debat-debat ini akan menambah dosa, benci dan hasad.
Ummat Islam di zaman ar-Rasul S.A.W. dulu sedikit bilangannya. Tak kaya harta materialnya. Tapi hidup jiwanya dengan ruh al-Quran. Sebab itu mereka kuat. Sebab itu Allah sayang pada mereka. Musuh pula gementar bila berhadapan dengan mereka.

Al-Quran ini seharusnya bila dibaca, bergetarlah jiwa kerana takutnya kepada Allah. Atau tenanglah jiwa kerana yakin dengan rahmat Allah. Atau bersemangatnya jiwa kerana harapnya pada syurga Allah. Begitulah yang sepatutnya.
"Kalaulah Kami turunkan al-Quran ini untuk sebuah gunung, pasti kamu akan melihat gunung itu tunduk sehingga hancur terbelah sebab takutnya ia kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan ini kami lukiskan buat manusia supaya mereka berfikir." (al-Hasyr: 21)
wAllahu 'alam
Sunday, February 13, 2011
Kerbau untuk orang bandar

Aku bukan orang kampung. Kalau aku diberi kerbau, aku mati. Kerbau pun mati. Kalau aku diberi sawah sebidang, aku mati. Sawah jadi lalang.
Pak Man bukan orang bandar. Kalau ditinggalnya Pak Man kat stesen LRT, Pak Man mati. LRT tetap berlalu pergi. Kalau diberi Pak Man satu set komputer, Pak Man tak boleh hidup. Komputer pun tak hidup.
Orang kampung tak sama dengan orang bandar. Mereka berbeza. Tapi berbeza bukan bermakna ada yang lebih mulia atau ada yang lebih hina.
Orang Melayu ada satu masalah; mereka tak boleh terima perbezaan. Kalau ada seseorang yang lain, maknanya status atau kedudukan orang tersebut pun lain. Cara pandang untuk dia pun lain. Cara cakap pun begitu, lain.
Tuhan yang Maha Bijaksana jadikan kita berbeza bersebab, berhikmah. Bukan untuk saling rendah-merendah. Tapi untuk saling berkongsi anugerah. Berkasih dan berhemah. Belajar untuk bertolak ansur dan beralah. Kita mencari makna hidup dengan memberi dan menerima.
wAllahu 'alam.
Saturday, February 12, 2011
People's voice, people's choice
Algerians are coming out to claim their rights. They are out now to demand for clean and just leadership.
Feminists in Italy are the latest addition to the bigger protest group demanding Berlusconi to step down. Italians are showing now that they will no more tolerate immorality in leadership.
The wave of revolutionary people's voice is hitting the world now. Which country will it hit next?
I am sure Malaysia will be the last one.
wAllahu 'alam
Narcissism
"Kalau aku nak cakap belakang pasal dia, boleh je...."
Sombong betul kita kalau tergamak lidah kita bercakap macam tu. Siapalah kita nak cakap buruk pasal orang lain, walaupun orang lain tengah sibuk mengumpat kita. Apa yang kita ada? Lidah dan kotak suara yang kita guna setiap hari untuk berkata-kata pun bukan hak kita secara hakikatnya.
Tak siapa bantah tentang dosa perbuatan mengumpat. Orang yang mengumpat kena berhenti mengumpat. Cepat-cepat bertaubat. Pohon maaf pada yang diumpat. Kena bersihkan nama yang diumpat daripada fitnah-fitnah atau tuduhan yang tidak benar.
Orang yang kena umpat pula, kena belajar sedar diri. Kadang-kadang apa yang orang umpat tentang kita tu memang betul. Kita kena ingat, pokok kalau tak ada angin bertiup, tak bergoyang. Bila berada dalam konflik macam ini, jangan cepat sombong. Jangan cepat sangat cakap, "Apela salah aku...". Sebab memang banyak salah kita. Kita yang narcissistic; kita selalu rasa diri kita bagus. Senang-senang syaitan tutup mata hati kita bila kita pandang imej diri kita dalam cermin. Yang kita nampak hanya susuk fizikal yang lengkap sempurna. Kotor-kotor dalam hati kita tak perasan.
Selingan: Dalam mitos Greek, Narcissus adalah seorang pemburu yang sangat cantik rupa parasnya. Oleh kerana ketaksuban terhadap kehebatan rupa parasnya sendiri, Narcissus memandang hina kepada mana-mana wanita yang jatuh hati padanya. Dia merasakan tiada seorang wanita pun yang cukup cantik dan layak menjadi teman hidupnya. Narcissus akhirnya jatuh cinta pada refleksi imej dirinya sendiri di sebuah tasik. Dia terus terpaku di situ dan akhirnya mati di situ kerana tidak mampu meninggalkan cintanya: refleksi imej dirinya sendiri.
Aku perlu istighfar. Aku kena bertaubat. Sebab aku yakin acapkali aku terlepas kata-kata takbur macam tu bila tengah marah.
--
Malam ini aku datang,
aku cari jalan pulang,
jangan Kau tolak hadirku,
jangan Kau paling hatiku.
Dalam dua rakaat yang ringkas,
aku tagih ihsan dan belas,
aku pohon taqwa dan ikhlas,
aku harap do'aku berbalas.
Beseri, 13.02.11
wAllahu 'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)





