Friday, October 17, 2008

Lapar

Krisis makanan dunia telah melanda lebih dari setahun yang lalu. Ekonomi dua kuasa dunia, Amerika Syarikat dan Eropah sudah nyawa-nyawa ikan. Ribuan bank-bank mereka jatuh muflis. Hutang negara AS sudah menjangkau angka trillion. Ramai penganalis ekonomi menjangkakan "Recession of 1937" akan berulang dalam sejarah ekonomi dunia. Tanda-tanda kepincangan sistem kapitalis semakin menampakkan dirinya.

Saat-saat ini, kelaparan semakin menjadi norma di merata-rata tempat di seluruh dunia. Tetapi untuk orang yang berjuang, rasa lapar itu bukanlah perkara asing. Bagi kebanyakan orang, krisis makanan dunia bermakna sumber makanan sudah tidak mampu mengenyangkan seluruh penghuni dunia. Maka, sebahagian besar penghuninya terpaksa berlapar. Sebahagian menderita kebuluran. Sebahagian mati.


Tetapi bagi para pejuang yang mulia, mereka lebih melihat krisis makanan ini dari sudut sebab dan akibat; bukan terpaku pada sudut situasi yang selalunya melarikan fokus penyelesaian. Apabila hukum Tuhan tidak dipatuhi, krisis melanda. Sistem ekonomi yang bukan berasaskan wahyu menyebabkan ketidakadilan dalam menikmati rezeki. Akhirnya sebahagian mewah yang melampau, sebahagian lagi menderita bersabung nyawa untuk sesuap makanan.


Apa yang saya bicarakan di atas adalah fenomena kebuluran. Ia berbeda dengan kelaparan. Berada dalam keadaan lapar bukanlah sesuatu yang hina. Bahkan Nabi S.A.W. yang mulia menjalani hidup baginda dengan melazimi rasa lapar. Apa yang ada pada lapar yang menyebabkan ar-Rasul S.A.W. yang diberkati memilihi untuk "mendampingi" rasa itu sepanjang hayat baginda? Pada hemat saya, di dalam lapar itu terkandung sifat-sifat mulia: sabar, waspada, syukur dan rendah diri.

Lapar dan sabar barangkali satu perkaitan yang tidak asing lagi. Kerana pada keduanya ada konsep menahan diri. Lapar itu adalah sabar (menahan diri) daripada kenyang. Kebiasaan berlapar mampu membina ketahanan jiwa daripada segala macam cubaan. Kekuatan ketahanan ini amat penting untuk jiwa sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Orang yang tabah jiwa mampu menahan daripada marah, dengki, syahwat, perasaan malas, kecintaan terhadap hiburan, dan bermacam lagi godaan. Lihatlah betapa perkasanya jiwa orang yang perutnya biasa kosong.


Orang yang lapar selalu lebih berwaspada berbanding orang yang kenyang. Biasa kita dengar orang bercakap begini selepas puas memenuhkan perut mereka dengan hidangan yang enak-enak, "Ish, kalo dapat bantal sekarang
ni, best" atau "kalo aku baring ni, memang tak bangun sampai esok".

Daripada sudut sains, apabila perut kita kenyang, sistem saraf
parasympathetic kita akan diaktifkan dan pengaktifan sistem saraf ini menjuruskan badan kita untuk relaks. Kesannya, kita seringkali "mahukan bantal dan selimut" setiap kali perut kita senak oleh penuhnya makanan. Berlainan dengan orang yang perutnya kosong, sistem saraf parasympathetic tidak lagi aktif. Oleh yang demikian, sistem saraf sympathetic mempunyai ruang yang luas untuk aktif. Sistem saraf sympathetic yang akan meningkatkan aktiviti metabolism sel-sel. Maka badan kita lebih bersedia dan berwaspada. Dalam banyak kajian, mutasi gen yang menyebabkan rendahnya aktiviti sistem saraf sympathetic merupakan salah satu faktor kepada obesiti.

Orang yang selalu merasakan lapar dalam banyak keadaan sering memikirkan nasib golongan miskin dan fakir. Saudara-saudara
in humanity ini mungkin hanya melihat makanan selang beberapa hari selepas satu hidangan. Adakala mereka terpaksa menggadai nyawa untuk sesuap rezeki seperti yang terjadi di beberapa daerah di Indonesia di mana-mana ratusan penerima zakat mati akibat berebut makanan yang berharga kurang dari RM 10. Mereka yang sering memikirkan kesusahan dan penderitaan orang lain akan lebih menghargai dan mensyukuri nikmat yang dipinjamkan. Mensyukuri nikmat-nikmat ini hanya akan menyuburkan rasa kehambaan dalam diri, membunuh sifat keakuan, dan memadamkan api keangkuhan.

Betapa hebatnya rasa lapar yang Allah jadikan untuk hamba-hamba-Nya hayati di dunia ini. Kerana, apabila Dia telah meletakkan mereka di dalam syurga-Nya, tiada lagi peluang untuk mereka merasakan perasaan itu lagi.

wAllahu 'alam
(*Penulis ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk meneliti pandangan Imam al-Ghazali tentang pemurnian rohani dengan melazimkan berlapar. Mungkin kita dapat kongsikan dalam chat box atau boleh emelkan sumber-sumber yang berkenaan kepada penulis.)

Wednesday, October 8, 2008

Salam Takziah buat Nik Rafha dan Keluarga (update)

My dear friend, Nik Rafha had just lost her beloved mother this afternoon in a car accident. To all friends, we will have a "Majlis Tahlil & Solat Jenazah" to pray for her mother next week Monday, 13.10.08 at our college at 6.30 pm.

Let's all come as we're going to launch a "Derma Kilat" too.

Tuesday, September 23, 2008

Kau dah baligh ke belum?

I would like to share a conversation I had with a friend of mine a few days ago about solat Terawih. To me, it didn't seem important, initially. But, after a few hours, I got to thinking about it and masha Allah! I think I need to share it with you guys.

Friend: "Arit (Harith), boleh tak aku solat Terawih
empat rakaat je?"
Me: "Hmm, kalau kau tanya aku, aku cakap tak boleh. Sebab, tak macam sunnah nabi, atau sahabat."
Friend: "Takkan tak boleh kot? Kalau macam tu, baik aku tak payah solat langsung."
Me: "Bukan macam tu maksud aku. Kalau kau solat empat rakaat, Allah balas untuk empat rakaat jela. Cuma, tak berapa cantik, bila kita beribadah tak ikut nabi kita."
Friend: "Oh ok."
Me: "Tapi kan bro, soalan kau boleh ke tak solat Terawih empat rakaat ni, macam soalan budak belum baligh. Budak yang baru nak belajar sembahyang, kaki pun tak cukup kuat nak berdiri lama, hidung pun masih berhingus, silap-silap sunat pun belum lagi."
Friend: "Perli nampak."
Me: "Bukan perli, nasihat. Anyways, kau dah baligh ke belum?"

wAllahu 'alam

Monday, September 22, 2008

Standard Ummat pada Solat Subuh

Saya ingin berkongsi beberapa persoalan yang pada pandangan saya agak thrilling. Persoalan-persoalan ini timbul apabila saya hampir habis membaca buku "Rahsia Solat Subuh" karangan Dr.Sirjani.

Saya ingin bertanya kepada diri saya dan para pembaca yang dihormati: bagaimana kita menilai atau meletak standard untuk satu ummat itu? Adakah pada kejauhan pencapaian saintifik dan teknologi? Atau pada kekayaan negara dan rakyat yang melimpah ruah? Atau pada seni artistik dan hiburan yang mengasyikkan jiwa?


Dr. Sirjani berpendapat, dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau, bahawa standard ketinggian satu-satu ummat itu dinilaikan pada keupayaan mereka menjaga solat Subuh secara berjemaah. Kalau dilihat pada generasi-generasi yang telah menggegar dunia pada suatu masa dahulu, solat Subuh secara berjemaah di masjid adalah suatu rutin. Bahkan solat malam menjadi suatu kemestian.

Dan kita lihat sekarang di mana kedudukan generasi muda Islam. Dan kita nilai sejauh mana generasi ini menghayati kepentingan solat Subuh. Para pembaca yang dihormati, Nabi S.A.W. pernah mengancam untuk membakar rumah-rumah mereka yang tidak pergi berjemaah di masjid di waktu subuh. Hadith ini ada disebut di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

wAllahu 'alam

Wednesday, September 17, 2008

Apa ada dengan Cinta?

Baru-baru ini saya diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk berkongsi sedikit kebaikan dan pengetahuan yang saya ada berkenaan masalah cinta sesama manusia di sebuah forum di kolej. Forum tersebut bertajuk "Ada Apa dengan Cinta?". Saya ada seorang kawan yang sedang mengalami krisis kecil tentang perasaan cinta lawan jantina. Dan saya bersyukur yang dia datang ke forum itu. Tapi selepas beberapa hari semenjak forum tersebut, nampaknya kekeliruan dia tidak surut, malah bertambah rumit.

Entri kali ini mungkin sangat spesifik untuk tuan punya diri yang saya maksudkan di atas. Tetapi, harapnya apa-apa kebaikan dapat kita manfaatkan, dan segala keburukan dapat kita jauhkan.

Saya berpendapat cinta adalah mustahil untuk timbul sebelum terjalinnya apa-apa ikatan yang sah. Perkataan cinta itu datang bersamanya peranan, tanggungjawab, dan pengorbanan. Cinta itu perlu didahului dengan berkat Ilahi dan restu keluarga. Cinta bukan dipandu oleh kehendak hati yang selalunya diselubungi nafsu. Kalau rakan-rakan pembaca pernah menonton filem "Ayat-ayat Cinta",
perhatikan bagaiman Maria membezakan antara cinta dan keinginan untuk memiliki.


Jangan senang-senang menjaja perkataan cinta. Cinta itu sesuatu yang teramat mahal. Perasaan yang suci yang Tuhan anugerahi untuk memenuhi fitrah insani. Pandukan perasaan cinta dengan wahyu dan sunnah ar-Rasul. Semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada kita.

wAllahu 'alam

Sigmund Freud (1856-1939) and His Psycho-sexual Development Stages

I am just about to begin my revision for tomorrow's exams. One of the topics that I need to cover is "Human Psychological Development" and one of the popular theories to describe this event is Freud's Psycho-sexual Development Stages. Let's see what once a super popular psychologist has to say about how we develop psychologically. What I find controversial about Freud's theory on personality development is that he asserted that an unsuccessful completion of a stage would mean that person becomes fixated at that zone (erogenous) and would become either over or under-indulged once he or she becomes an adult.

Here I present how Freud divided the stages of human psychological development.
____________________________________________________________________

Oral Stage (Birth to 18 months): At this stage, the child will focus on oral pleasures (primarily sucking). Too much or too little gratification can result in an Oral Fixation or Oral Personality which is evidence by a preoccupation with oral activities--a stronger tendency to smoke, drink alcohol, over eat, or bite his or her nails. Personality-wise, these individuals may turn out to be unduly dependent upon others, gullible, and perpetual followers, or they may also fight these urges and develop pessimism and aggression toward others.

Anal Stage (18 months to three years): The child’s focus of pleasure in this stage is on eliminating and retaining feces. Through society’s pressure, mainly via parents, the child has to learn to control anal stimulation. In terms of personality, after-effect of an anal fixation during this stage can result in an obsession with cleanliness, perfection, and control (anal retentive). On the opposite end of the spectrum, they may become messy and disorganized (anal expulsive).

Phallic Stage (age three to six). The pleasure zone has now switched to the genitals. Freud believed that during this stage boys develop unconscious sexual desires for their mother. As a consequence, he becomes rivals with his father and sees him as competition for the mother’s affection. However, boys also develop a fear that their father will punish them for these feelings, such as by castrating them. This group of feelings is known as Oedipus Complex.

Later it was added that girls also go through a similar situation, developing unconscious sexual attraction to their father. Although Freud strongly disagreed with this, it has been termed the Electra Complex by more recent psychoanalysts.

According to Freud, out of fear of castration and due to the strong competition of his father, boys eventually decide to identify with him rather than fight him. By identifying with his father, the boy develops masculine characteristics and identifies himself as a male, and represses his sexual feelings toward his mother. A fixation at this stage could result in sexual deviancies (both overindulging and avoidance) and weak or confused sexual identity according to psychoanalysts.

Latency Stage (age six to puberty). It is during this stage that sexual urges remain repressed and children interact and play mostly with same sex peers.

Genital Stage (puberty onward). The final stage of psychosexual development begins at the start of puberty when sexual urges are once again awakened. Through the lessons learned during the previous stages, adolescents direct their sexual urges onto opposite sex peers, with the primary focus of pleasure is the genitals.

Can we identify a few illogical, or I would prefer absurd, relationships that Freud had made between certain life events and the sexual pleasure? To all mothers in the world, isn't it creepy to find that your little precious innocent babies find sexual pleasure when you breastfeed them? Isn't it extremely worrying to find your toddlers find sexual joy when excrete feces?

"I think I didn't get enough of my mother's tits. That's why I smoke a cigar."

wAllahu 'alam

Tuesday, September 16, 2008

Mujahadah: Suatu Kata yang Indah, Tapi Payah

Mujahadah adalah suatu kata yang indah dan bertenaga dalam ceramah-ceramah agama dan motivasi diri. Namun, pada hakikatnya, pratikalitinya jauh lebih payah daripada menyebut empat suku kata yang membina perkataan yang yang amat mahal harganya di sisi Allah azza wajal. Mujahadah yang membawa makna "to make strenous effort against one's nafs" adalah satu proses yang memerlukan keikhlasan, kemahuan yang tidak berbelah bagi, dan ketahanan yang konsisten. Tatkala nafsu mampu dikekang dan dikawal, jiwa begitu mudah kembali kepada fitrah dan rapat kepada Tuhan. Namun begitu, daripada 1000 orang yang bijak membahaskan persoalan mujahadah ini, mungkin hanya 10 yang mampu membuahkannya melalui perbuatan.

Akhir kata, di saat kita mengharungi separa Ramadhan yang terakhir ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan pembaca untuk menghayati konsep mujahadah. Terutama rakan-rakan yang sedang berada di medan dakwah kampus yang begitu banyak menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata yang kebanyakkannya tidak tertunai oleh si pengata. Saya akhiri tulisan saya kali ini dengan dua firman Allah S.W.T..

"...dan demikianlah keadaan hari-hari (di dunia ini, dengan kemenangan dan kekalahan yang silih berganti) supaya nyata bagi Allah siapa yang tetap beriman dan supaya Allah dapat mengambil di antara mereka sebagai Syuhada'..." (Ali-Imran: 140)

"Wahai orang-orang Mukmin, mengapakah kamu berkata tentang perkara yang kamu tidak lakukan? Sungguh besar kebencian Allah kepada kamu kerana tidak melakukan apa yang telah kamu katakan." (As-Saff: 2-3)

wAllahu 'alam