Rasulullah S.A.W. bersabda,"Mana-mana Muslim yang apabila masuk waktu solat yang diwajibkan, lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melaksanakan solat dengan sebaik-baiknya, begitu juga dengan rukuknya, maka solat itu merupakan kafarat (pelebur) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi mana dia tidak melakukan dosa-dosa besar." (Riwayat Muslim)
Para tetamu yang dimuliakan, ada beberapa kupasan daripada kalam baginda S.A.W. di atas yang saya berasa tertarik untuk dikongsikan. Seringkali apabila saya perbincangkan hadis ini bersama teman-teman, soalan berikut pasti berbangkit:"Banyak juga kita lihat orang yang solat, tapi maksiatnya berterusan. Lepas solat mereka tak menutup aurat, lepas solat masih makan harta yang bukan hak mereka, lepas solat masih berbohong, lepas solat masih melihat aurat-aurat orang dengan mata terbojol. Macam-macam lagilah."
Jawapan kepada persoalan tersebut terang-terangan terletak dalam hadis baginda S.A.W. di atas. Ar-Rasul yang mulia telah menerangkan karakter-karakter solat yang mampu menjadi penebus dan pembenteng daripada dosa. Solat bukan bermula dengan takbiratul ihram, tetapi bermula dari ketika azan berkemundang. Dari saat itu seharusnya terputus hubungan kita dengan segala yang fana. Disusuli dengan wudhuk yang sempurna. Wudhuk yang hadir bersamanya roh yang berdebar-debar untuk mengadap Tuhan Penguasa Dunia dan Akhirat.

Seterusnya solat itu dilaksana dengan hati dan anggota yang taat. Rukuk dan sujud dikerjakan dengan sebaik-baik pelaksanaan. Bacaan lisan dialunkan dengan kemerduan. Hati mendengar penuh keasyikan. Solat itu hanyalah untuk yang menciptakan diri si pelakunya, terlepas daripada sebab riya' dan ujub. Dengan solat yang begini, baru mungkin kita terdinding daripada maksiat dan kekotoran jiwa.
Seterusnya saya ingin mengajak para pembaca memerhatikan bahagian terakhir hadith Nabi S.A.W. di atas - "kafarat terhadap dosa-dosa yang telah lalu, selagi mana dia tidak melakukan dosa-dosa besar.". Kata "dosa-dosa besar" amat lali dalam masyarakat kita, sehinggakan kita lalai daripada memahami maksudnya berdasarkan wahyu.
Seorang ulama' daripada kalangan ahlil Bait (Abu 'Abdillah Jaafar bin Muhammad Shodiq) pernah menyenaraikan beberapa perbuatan yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Tetapi saya mahu meletakkan highlight kepada beberapa perkara daripada senarai Abu 'Abdillah Jaafar seperti:
- Berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah S.W.T.
- Memutuskan persahabatan
- Memberi sumpah palsu
- Melakukan zina
- Merasa selamat daripada azab Allah S.W.T.
Penghuraiannya saya akan sertakan dalam entri yang akan menyusul beberapa hari lagi.
wAllahu 'alam
The Prophet S.A.W. said:
"The nations will soon crowd against you like the gluttons crowd around their dish". One sahabah asked, "Is it because we are few in number at that time?". The Prophet replied, "No, at that time, you will be many. But, you will be (like) scum, as the scum of the flood. And Allah S.W.T. will take the awe of you away from the hearts of your enemies, and He will throw al-Wahn into your hearts." Another sahabah asked, "What is Wahn, o Rasulullah?". Rasulullah S.A.W. answered, "The love of this life and the fear of death." (Riwayat Abu Dawud and Ahmad)
How long do you wanna wait my dear brothers and sisters?
wAllahu 'alam
"...doing things right doesn't necessarily mean doing the right thing."
I just got to know Shahiran's sister this evening in a wonderful discussion about how we can improve ourselves and help others too. And somewhere in the conversation she said the above "philosophy" to me and it really made me ponder about some decisions I had made in my life.
Naturally, I choose to do things right and I just realize that there were a few cases where it was a horrible, horrible thing to do. One mermaid that I know might be able to name one occasion in my life where the above statement is irrefutably true. *wink
wAllahu 'alam
Siapa yang menjadikan langit dan menurunkan hujan darinya?
Aku jawab Allah yang Maha Kuasa
Siapa yang menghamparkan bumi dan bukit-bukit yang terpacak sasa?
Aku jawab Allah yang Maha Perkasa
Siapa yang menjadikan nyawa dan membunuhnya dengan mati?
Aku jawab tentulah Allah yang Maha Mengetahui
Siapa yang hari-hari memberi kamu rezeki?
Aku jawab Allah yang Maha Memberi
Siapa yang izinkan kamu duduki "Final exams"?
Allah yang Satu, bukan manusia yang hatinya tidak menentu
Jadi, siapa yang pada hakikatnya punya kuasa?
wAllahu 'alam
Don't part with your illusions. When they are gone you may still exist, but you have ceased to live.
-Mark Twain, US humorist, novelist, short story author, & wit (1835 - 1910)
Can you exist but don't live? A body without the soul is probably an easy example. But what is there to cherish? You're practically dead my friend.
When you're immersed in your endless dreams, you're dead before your time although you will never let death appear in your dreams. That is ironic, isn't it? You have to embrace death before you can live forever. That's an informidable fact because we are hawadith - we come from non-existence. And I believe that's one of the reasons why our Prophet forbids us from having prolonged dreams and fearing death. Be afraid not to death; be ready instead.
Beware of your illusions, my dear friends.
wAllahu 'alam
Apabila berperang dengan perasaan,
tali pergantungan haruslah Tuhan
Apabila berhadapan dengan kemenangan,
hati haruslah pantas tunduk kesyukuran
Apabila bertamu dengan kekalahan,
percayalah ia adalah satu lagi pintu kemenangan
Atas atau bawah,
menang atau kalah,
bahagia adalah Tuhan yang Maha Indah