Monday, July 20, 2009

Good and evil are always objective

Good and evil are always objective and constant. Their nature does not change because of circumstances or ignorance. But we are taught to believe in the other way. When asked about what is good or what is bad, the best answer that we can give is "good is what's morally correct, and bad is what's morally wrong." Morality is very subjective. It depends on what people think. And what people think changes all the time. This only makes it difficult for us to define the good and the evil.

Pre-marital sex = ZINA

The way the Western civilization names certain things has contributed much in shaping the view of good and evil into a very subjective and circumstancial manner. Let's take one example. Pre-marital sex simply means zina. However, nowadays we talk about zina but use the term 'pre-marital sex' by which we will create the view that zina can be right in certain circumstances; while zina has always been wrong since the time of the Prophet Adam A.S..

Another good example is paranoia, which simply means to have 'buruk sangka'. All western-trained psychologist will tell you that paranoia can sometimes be good and bad at some other time. Just imagine how disharmony a family will be if only one of its member is being paranoid about the other family member.

wAllahu 'alam

Wednesday, July 15, 2009

Irony

IRONY
"Throughout the 20th century, I see people leaving two religions: Christianity and Islam. One group was peaking and the other was going nowhere but downhill. The former were the Christians."



BERAKHIRNYA
"Akhir nanti, manusia akan tergolong kepada empat jenis golongan:

1) satu golongan miskin di dunia, miskin juga di akhirat,
2) satu lagi miskin di dunia, tetapi kaya di akhirat,
3) satu golongan lagi kaya di dunia, tetapi miskin di akhirat,
4) dan golongan yang terakhir kaya di dunia, juga kaya di akhirat.

Golongan yang pertama dimonopoli oleh ummat Islam yang hidup dalam abad ke-20, Rabi'atul Adawiyyah tergolong dalam golongan kedua, golongan yang ketiga dikepalai oleh pemimpin-pemimpin masyarakat kapitalis sekular, dan golongan yang terakhir disinari dengan keberadaan Saidina Uthman bin 'Affan R.A. dan Saidina Abdul Rahman bin 'Auf R.A. di kalangan mereka."

wAllahu 'alam

PPSMI: Jangan salah nilai


Sebelum berangkat ke Putrajaya malam Ahad yang lepas, sempat saya tonton perbincangan tentang PPSMI yang disiarkan secara langsung menerusi TV1. Tiga ahli panel dijemput - 1 wakil daripada Kementerian Pelajaran, 1 wakil GAPENA, dan seorang pakar bahasa. Tidak banyak percanggahan pendapat antara ahli panel jemputan. Masing-masing secara amnya bersetuju dengan pemansuhan PPSMI.

False reasoning


Yang menarik perhatian saya dan yang ingin saya kongsikan dalam penulisan kali ini ialah masalah
false reasoning yang terbit daripada perbincangan pada malam itu. Saya agak terkilan kerana kegagalan logika pemikiran itu diperlihatkan oleh seorang doktor pakar pediatrik. Doktor wanita yang juga mengajar pelajar perubatan secara sambilan itu dengan bangganya memulakan bicara dengan memperkenalkan title-nya sebagai seorang doktor pakar yang dilatih di luar negara.

Dia tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menamatkan PPSMI.
Pakar pediatrik tersebut memulakan hujahnya dengan hadith ar-Rasul S.A.W. yang menyuruh supaya menuntut ilmu hatta ke negeri China. Dia cuba menafsirkan hadith tersebut, walaupun saya yakin dia tidak punyai asas Bahasa Arab yang kukuh, dengan menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. sendiri menggalakkan ummatnya untuk menuntut ilmu dalam bahasa asing.

Jahil sirah


Doktor ini jahil sirah rasanya. Kalau diimbas kembali, berapa ramai sahaja sahabat-sahabat nabi yang mulia yang mengembara ke negeri China. Tidak sampai ratus orang pun. Dan bagaimana transaksi ilmu berlaku antara Khilafah Islam dan negeri China? Ilmu dibawa pulang ke negeri masing-masing dan diajar dalam bahasa tempatan.


Perkara yang sama berlaku tatkala agama Islam yang tinggi datang dan didakwahkan di Tanah Melayu. Du'at dari Tanah Arab mengajarkan agama kepada beberapa orang tempatan yang akhirnya menjadi ulama' Tanah Melayu. Kemudiannya, ulama' ini menyampaikan ilmu Islam kepada rakyat jelata dalam bahasa tempatan. Mana-mana pakar bahasa tidak mungkin menidakkan kenyataan bahawa sesuatu penyampaian dan pemahaman sesuatu ilmu itu hanya dapat mencapai tahap tertinggi apabila disampaikan dalam bahasa pertama sesuatu kaum itu.


Indahnya Islam

Begitulah keindahan Islam, dakwah datang dalam masyarakat tanpa meletakkan ancaman terhadap adat, budaya, dan bahasa tempatan. Orang Melayu boleh terus menjadi orang Melayu setelah menerima Islam. Begitu juga dengan masyarakat bangsa lain. Tidak perlu belajar untuk menjadi orang Arab. Kerana sesungguhnya yang mulia di sisi Tuhan bukan orang yang berbangsa itu atau ini, tetapi mereka yang tertinggi taqwanya.

Akhir kata, saya ingin kongsikan pandangan seorang sahabat saya tentang isu PPSMI ini. Dia bertanyakan kepada saya secara rhetorik mungkinkan ada sesuatu yang lebih besar daripada isu bahasa di sebalik pergolakan PPSMI? Mungkin isu kebejatan kepimpinan?

wAllahu 'alam

Saturday, June 27, 2009

Pendirian PR tentang Kerajaan Perpaduan

Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat dan menghitam putihkan pendirian mereka tentang isu kerajaan perpaduan. Sebulat suara mereka menolak idea kerajaan perpaduan; tetapi tidak menutup pintu perbincangan berkenaan isu-isu negara demi kepentingan rakyat. Kita tunggukan pula pendirian Barisan Nasional tentang isu kerajaan perpaduan ini.


Semoga mereka yang berada di atas sana terus ikhlas berbakti untuk rakyat jelata yang memerhati dari bawah.

wAllahu 'alam

Saturday, June 20, 2009

Ustaz Fathi Yakan pergi meninggalkan kita

Ustaz Dr. Fathi Yakan, "sheikhul tarbiyyah", telah pulang menemui Allah S.W.T. pada Ahad yang lepas. Saya sangat terkilan kerana terlewat mendapat tahu akan berita sedih ini. Satu daripada banyak buku-buku beliau, "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?", sentiasa menjadi bahan rujukan dan sumber peringatan untuk diri saya yang lemah. Marilah sama-sama kita mendo'akan kesejahteraan dan keselamatan ke atas beliau di alam yang lebih kekal.

<link>
wAllahu 'alam

Thursday, June 18, 2009

Kepimpinan Ulama' II

Usaha untuk memecah-belahkan PAS dengan isu kepimpinan ulama' vs. kepimpinan professional tidak berjaya. Syukur dan puji-pujian kepada Allah S.W.T. kerana petunjuknya ahli-ahli PAS dapat menghidupkan slogan kepimpinan ulama' dengan baik, tanpa menidakkan peranan dan tanggungjawab golongan professional. Kedudukan dan ilmu para ulama' dijunjung, kepakaran dan jasa para professional disanjung. Moga Allah terus memberikan cahaya petunjuk.

Sekarang mereka cuba menyerang dari arah yang berbeza. Lebih merbahaya nampak gayanya. Mereka cuba mempolemikkan isu kerajaan perpaduan. Majoriti dalam PAS menolak idea ini. Idea ini datang daripada pemikiran Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Akhbar-akhbar mainstream cuba memaparkan bahawa kerajaan perpaduan ini hanyalah melibatkan PAS dan UMNO. Hakikatnya, gagasan Tuan Guru kita lebih besar, lebih gah.

Apabila Tuan Guru bercakap tentang unity government, Tuan Guru tidak sekadar melibatkan Umno dan PAS. Tuan Guru mencadangkan kerjsama politik secara "total" melibatkan semua pemain-pemain dalam gelanggang politik tanahair. Beliau mencadangkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang menyatukan bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana Tuan Guru mampu mendakap realiti politik semasa yang muram dan begitu mencemaskan. Maka, demi kepentingan rakyat dan negara, beliau mencadangkan agar semua pihak mengenepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk semeja di atas satu pentas dan melahirkan sebuah kerajaan perpaduan. Kerajaan yang bersatu di bawahnya seluruh parti demi rakyat dan negara.

Di dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat itu beliau menyebut:

"Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri."

Pandangan Tuan Guru ini sudah pun dibahaskan di peringkat tertinggi kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka nampaknya rasa lebih selamat untuk teruskan perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Tidak mengapa, Tuan Guru berlapang dada, menerima keputusan syura dengan yakin akan keberkatannya.

Tetapi malangnya, ada dua tiga "bedul" dalam PAS tidak dapat menerima keputusan yang dibuat secara jamaei dan mereka mula merencana plan secara senyap untuk menyatukan PAS dan UMNO. Mursyidul Am PAS sudah memberikan amaran, kalau masih mahu bersama dengan UMNO, keluar sahaja daripada PAS.

Pada pandangan saya, ada dalam rencana "bedul-bedul" ini yang mahukan lebih pangkat dan kuasa. Dalam Pakatan Rakyat, nampaknya pembahagian kuasa kurang memihak kepada PAS yang dilihat sebagai "parti tua". Daripada segi titik keringat, sungguh tak terbayar pengorbanan ahli-ahli PAS. Tetapi, bagi pendokong-pendokong PAS yang selesai tarbiyyahnya, mereka pasti faham bahawa perjuangan ini bukan bermatlamatkan kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Perjuangan ini bermatlamatkan hukum Tuhan berada di tempat yang teratas. Andai kata DAP sekalipun yang memegang majoriti tampuk pemerintahan negara, tetapi mereka bersetuju melaksanakan hukum Tuhan di bumi Malaysia ini, kita tidak akan menentang. Parti, kerusi Parlimen dan DUN, semua ini hanyalah wadah, bukanlah matlamat. Sangat harus berhati-hati akan belitan iblis dalam perjuangan politik yang sebegini.

wAllahu 'alam

Tuesday, June 16, 2009

Hati yang hitam

Tindakan anggota tubuh manusia itu dipandu oleh hati nurani. Tetapi hubungan hati dan anggota hakikatnya adalah dua hala. Hati ini sangat terkesan oleh panca indera; apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dikata dan apa yand dirasa. Dan hati seterusnya mengarah perbuatan anggota badan termasuk panca indera yang lima tadi atas kesan-kesan yang dirasakannya.

Makanan hati hanyalah cahaya. Cahaya adalah wahyu Tuhan yang Satu.

Kita perlu cepat sedar apabila hati kita tidak cukup makan. Tanda hati yang kebuluran adalah warnanya yang hitam. Hati jadi hitam kerana dosa. Dosa akibat angkara indera yang lima. Dosa membalut, menghalang cahaya daripada Tuhan yang Maha Memberi Petunjuk. Tinggallah hati dalam kegelapan. Hasilnya, sedikit demi sedikit daripada bahagian hati mati kelaparan. Akan-akan pathogenesis serangan jantung.

Hati yang mati tidak dapat memandu anggota tubuh. Anggota tubuh jadi tak tentu hala. Melakukan perkara-perkara yang merosakkan. Merosakkan persekitaran dan dirinya sendiri.

Hanya Tuhan, dan hanya Tuhan sahaja yang mampu mensucikan hati. Dengan kekuasaannya. Tapi kita harus kembali menyusuri jalan taubat. Mencukupkan syarat taubat yang tiga: meninggalkan perbuatan dosa, menyesali akan terjebaknya kita ke dalamnya, dan membenci untuk mengulangi perbuatan itu seperti bencinya kita dicampakkan ke dalam api neraka. Di hujung jalan ini, hati akan kembali segar dihidupkan Nur hidayah dan taufiq daripada sisi Allah ar-Rashid.

Semoga Allah S.W.T. menerima taubat kita.

wAllahu 'alam