Saturday, October 24, 2009

Kenapa Allah beri kita Quran?

"Aliff, laam, ra'. Inilah kitab yang ayat-ayatnya disusun rapi dan dijelaskan dengan terperinci, dari sisi Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Sedar.

(Mengapa kitab ini diturunkan?) Supaya kamu tidak menyembah selain daripada Allah; sesungguhnya aku (Muhammad S.A.W.) ini pemberi peringatan dan juga khabar gembira dari Allah kepada kamu.

Dan, kamu hendaklah selalu memohon ampun kepada Tuhan kamu dan kemudian bertaubat kepada-Nya, nescaya kamu akan diberi nikmat yang baik-baik hinggalah pada hari yang ditentukan; dan setiap yang berbuat baik daripada kamu akan dianugerahkan kebaikan daripada-Nya; tetapi sekiranya kamu berpaling, maka aku sangat takutkan kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat).

Kepada Allah-lah kamu akan kembali, dan Dia-lah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu." (Hud: 1-4)

Putih rambut hitam Nabi

Imam Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya meriwayatkan bahawa ayat-ayat awal daripada surah Hud inilah yang menyebabkan putih rambut hitamnya. Mungkin kerana ayat-ayat itu padat dengan mesej akidah; mungkin juga kerana saratnya dengan sifat-sifat keagungan Allah S.A.W..

wAllahu 'alam.

Tuesday, October 20, 2009

Sebelum melelapkan mata

Saya ingin berfikir tentang agama saya. Saya lakukannya di sini supaya yang lain dapat berkongsi.

Saya dibesarkan dengan agama ini. Saya tidak pernah diberi pilihan. Tetapi saya sangat-sangat bersyukur saya tidak perlu membuat pilihan tentang agama. Kerana, mungkin saja saya pilih yang salah lagi menyesatkan.

Tuhan Maha Pemurah.

Jarang-jarang saya bersyukur dengan agama yang saya "ada". Takut-takut nanti ia tiada di saat maut datang menyapa. Tuhan yang Maha Kaya, biarkanlah aku pergi dengan agama-Mu yang Maha Suci.

Tuhan Maha Mengetahui.

Agama saya mengajarkan bahawa hidup ini satu ujian. Untuk kita menjadi lebih beriman. Tetapi ini hanya berlaku kepada manusia yang ingin memikirkan. Semoga Tuhan menunjukkan jalan. Jalan sehala, menuju syurga puncak bahagia.

Tuhan Maha Pemberi Petunjuk.

wAllahu 'alam

Sunday, October 18, 2009

Don't let the kids inherit our idiocy

To those who have kids, don't tell your kids what you think you know about religion. Only tell them what you're sure about (even if you're an atheist).



It's already a sorrow to watch kids in other countries being killed
physically with bullets. What a mishap to watch kids in this country being killed spiritually when we misdirect them about religion.

If you're a Moslem, don't teach your kids that it's
haram to touch a dog. Teach that Allah wants them to be compassionate to all living organisms.

If you're a Moslem and you're planning to have kids, please educate yourself about Islam.

wAllahu 'alam

Monday, October 12, 2009

Kalau aku mati...

Kalau aku mati,
tolonglah mengerti,
masa di dunia mesti terhenti,
apabila Izrail datang menziarahi,
atau Israfil meniupkan sangkala dua kali.

Kalau aku mati,
tolonglah mengerti,
bahawa hari akhir itu pasti.

Tuhan jadikan mati,
supaya aku selalu rendah diri,
jiwaku tak dijajah duniawi,
pandanganku sentiasa maknawi,
perkataanku selalu membahagiakan,
perbuatanku selalu menyenangkan.

Kalau aku mati,
tolongkah mengerti,
engkau juga akan menuruti,
supaya matiku bererti.

wAllahu 'alam

Sunday, October 11, 2009

"Can't breathe without you" 2

Sambungan post yang lepas....

Saya berhasrat untuk memanjangkan bicara tentang bahagian "Awas akan syirik" dan "Iman sebagai penyelesai" daripada post yang lalu.

Cinta itu Allah punya

Mungkin apabila membaca tulisan saya yang lepas, minda kita tersekat kepada gambaran situasi ber-couple. Bahagian tentang bahaya syirik itu sebenarnya masih relevan walaupun kita sudah berumahtangga. Maksud saya, walaupun pasangan kita sudah bergelar suami / isteri, belum lagi layak bagi mereka untuk kita ucapkan kata-kata cinta yang keterlaluan. Tak kiralah seindah mana pekerti pasangan kita itu; setinggi gunung mana pun pengorbanan mereka.

Kerana, pasangan kita itu pun nikmat dari Tuhan. Perasaan kasih dan sayang antara kita pun anugerah daripada Tuhan ar-Rauf. "
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (ar-Rum: 21)

Kahwin dan matang

Orang selalu bercakap tentang perlunya kita menjadi matang sebelum berumahtangga. Saya belum lagi berumahtangga. Tetapi saya tidak ragu-ragu untuk berkata bahawa aqidah yang sejahtera pada jiwa si suami dan isteri adalah benteng yang paling teguh untuk memelihara istana bahagia rumahtangga.

Pada pandangan saya, kebolehan untuk memanifestasikan adil adalah bukti kematangan. Ulama' menterjemahkan maksud adil sebagai "meletakkan sesuatu di tempatnya." Maksudnya, proses menilai perlu berlaku sebelum seorang melaksanakan keadilan. Jadi, adanya neraca timbang yang betul amat kritikal untuk kita berlaku adil. Apakah neraca timbang yang paling tepat? Tentulah iman jawapannya. Dan iman akan sentiasa berkata: "Apa-apa yang mendekatkan dengan Allah, itulah yang betul. Apa-apa yang menjauhkan, itulah yang salah."

Maka, bagaimana mahu matang? Berimanlah dengan sebenar-benarnya dahulu. Kemudian belajar untuk berlaku adil dalam setiap keadaan.

Jaga iman untuk jaga perkahwinan

Sekali lagi, iman adalah kunci penyelesaian. Jaga iman untuk jaga perkahwinan. Tinggikan iman untuk mengecap kebahagian. Pelihara hubungan kita dengan si dia daripada kata-kata yang menduakan Tuhan. Barulah Tuhan beri berkat. Rumahtangga dan keluarga selamat. Dunia dan akhirat. Sila periksa al-Baqarah, ayat 125 sebagai bukti daripada Yang Maha Mengetahui.

wAllahu 'alam

Saturday, October 10, 2009

Kalimah sakti


Kalimah sakti itulah kalimah yang tertinggi
Kalimah yang diutuskan melalui lidah nabi

Menumpaskan perhambaan kepada selain Yang Maha Terpuji

Meninggikan nilai hidup insani

Melepaskan belenggu-belenggu yang merantai hati

Supaya manusia saling kasih mengasihi

Dalam erti mencari cinta yang hakiki

Cinta yang satu


Kalimah sakti itulah kalimah yang satu

Dengannya akan ku taklukkan jiwaku

Supaya aku selalu tunduk pada Yang Maha Satu

Supaya tiada nestapa yang mampu menghalangkan

tiada dengki yang mampu membusukkan
dan tiada angkuh yang mampu membenamkan
jiwa yang Kau anugerahkan

Semoga akhir hayatku, dan akhir hayatmu

dimulai dengan kalimah quddus, kalimah yang satu


wAllahu 'alam

Friday, October 9, 2009

"Can't breathe without you"

Saya hampir-hampir hilang semangat untuk berfikir dan menulis, untuk berkongsi. Tetapi, selepas perbualan saya dengan seorang kawan, jiwa saya membentak. "Hubungan Tuhan dan manusia masih tidak sempurna. Masih dinoda dengan syirik, bid'ah, takabbur, dan riya'. Bagaimana boleh engkau merasa malas untuk berfikir tentang masyarakat dan agama?" Terima kasih Tuhan atas peringatan itu.

Konon-konon

Saya diceritakan tentang seorang lagi sahabat yang petah bercakap tentang agama, tetapi akhir-akhir ini kelihatan tewas kepada fitnah wanita. Telinga saya agak kurang selesa mendengar kata-kata 'cinta' seperti "You're everything to me", ataupun, "I love you and only you", ataupun, "I can't breathe without you". Lebih-lebih lagi, apabila bicara-bicara ini keluar dari mulut orang-orang yang tampak seperti memahami agama dan dakwah. Tetapi tidak hakikatnya, cuma konon-konon.


Awas akan syirik

Tidak keterlaluan jika saya cakap bahawa ada baur kesyirikan dalam kata-kata puitis cinta yang saya sebutkan baru tadi. "Kau segalanya untuk ku"; maka Tuhan tiada lagi untuk si pembicara kata itu. "Aku cinta kamu dan hanya kamu"; bagaiman dengan hak Rasulullah untuk cinta daripada si berkata-kata? "Kaulah udara ku"; terlupakah engkau wahai manusia akan pencipta udara hakiki yang kau hirup hari-hari?

Iman sebagai penyelesai

Sekali lagi dan buat selamanya, imanlah kunci kekalutan jiwa dalam perihal bercinta. Berkenal-kenallah dengan Allah dan rasul-Nya, bersatulah dengan kalimah tauhid yang agung, bersiap-siagalah untuk menghadapi mati dan hari yang Pasti. Nescaya, pangkat, harta, wanita dan segala yang tercipta tiada mampu memperhambakan kita. Dan mampulah kita hidup dengan jiwa yang besar dan kaya seperti sahabat-sahabat rasul yang mulia dan para salafussoleh.

wAllahu 'alam