Friday, March 6, 2009

Kuasa dalam Masa

Adakah kuasa itu di atas masa atau masa bermakna kuasa?
Adakah di sana orang yang mampu menguasai masa?
Dan kemudian di tangannya itu kuasa?

Atau adakah orang itu mengejar pangkat kuasa

agar dengannya dia menundukkan masa?




Dan Tuhan telah bersaksi dengan Masa

"Bahawa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian"
Tetapi, melainkan, dan hanya melainkan,
mereka yang beriman, berhias dengan amal baik,
berpesan-pesan akan yang hak,
dan berpesan-pesan dengan sabar.

Aku bercakap dengan kalam Tuhan yang memiliki hati ini
Bahawa masa itu mahal berharga
Manusia yang menanggung rugi,
sudah pasti tiada daya untuk "memiliki"-nya.

Tetapi terkecuali golongan yang menguasai jiwa dengan iman,
mencantikkan perawakan dengan akhlak budiman,
dan beringat-ingat tentang hak dan kebatilan, dengan kesabaran,
merekalah yang hidup dalam masa,
nyata dan dengan kuasa,
daripada Tuhan Maha Pencipta.

wAllahu 'alam

Sunday, March 1, 2009

Jangan dekat dengan zina!

Talkshow "Kempen Jauhi Zina"
02.03.09, bermula pada jam 8 pm
di Cyberjaya Univ College of Medical Sciences (CUCMS)
Jemput semua hadir!!

Wednesday, February 25, 2009

Apabila Tuhan Bersumpah

"Dan demi makhluk-makhluk yang mencabut dengan sekeras-keras cabutan,
dan makhluk-makhluk yang mengambil dengan selembut-lembut cara,
dan makhluk-makhluk yang bergerak dengan amat pantas,
dan makhluk-makhluk yang sering berlumba dengan bersungguh-sungguh,
serta makhluk-makhluk yang mengurus pentadbiran alam dengan sempurna,
pada masa berlakunya tiupan (sangkakala yang pertama) yang menggoncangkan,
tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua,
hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar ketakutan,
pemandangannya tunduk gerun."
(An-Naazi'at: 1-9)

Bagi mereka yang cerdik, yang mengerti hakikat kejadian diri dan tujuan penciptaan, pasti akan tergoncang jiwa mereka setiap kali membaca kalam Tuhan yang berupa sumpahan. Jantung seakan-akan tidak mampu berdegup menghantar bekal darah ke seluruh anggota, otot peparu seakan-akan lumpuh cuba menghirup udara, lidah terkelu daripada kata-kata, dan air mata merembes laju akibat terkenang dosa-dosa.

Fikirkan sahabat-sahabat pembaca, akan tujuan Tuhan bersumpah sebelum meneruskan kalam-Nya.

wAllahu 'alam

Saturday, January 10, 2009

Kasih & Cinta

Kasih dan cinta
Adakah mereka membawa makna yang berbeza?
Atau mereka berkembar sentiasa beriringan bersama?
Menjalin bahagia
Menghapus duka nestapa
Menyubur hati, naluri insani
Menawarkan racun dendam dan benci
Menunjukkan insan jalan kembali
Kepada Tuhan pemilik hakiki
Kasih dan Cinta.

wAllahu 'alam

Thursday, December 25, 2008

Ada & Tiada

Kita bermula dengan tiada. 23 tahun yang lepas aku tiada di atas muka bumi Tuhan ini. Mungkin 20 atau 30 tahun yang lepas kamu juga tiada di sini. Tetapi yang pastinya, semalam dan hari ini kita ada di sini, berpijak nyata di alam dunia. Bumi ini dan isinya begitu juga. Berasal daripada tiada. Tetapi Tuhan yang Maha Mengetahui & Bijaksana mahukan penciptaannya, lalu ia pun ada. Bahkan semua yang mampu kita lihat hari ini bermula dengan ketiadaan.

Hari ini kita ada di sini. Esok lusa belum tentu lagi. Yang telah tetap ketentuannya ialah suatu hari nanti kita akan tiada lagi di sini. Kita akan pergi meninggalkan alam hidup dunia untuk berjumpa dengan Tuhan Penguasa Hari Keadilan. Kita berdo'a sekarang, hari ini, saat ini, agar perjumpaan kita dengan Tuhan itu nanti berakhir dengan keredhaan dan kerahmatan-Nya.

Saturday, November 22, 2008

Resistance against the truth

I am running for a general seat in this year's CUCMS general election. Campaign has gone great so far. Nevertheless, what really amazes me is how a small number of students have been so resistant to the truth that we have a lot to improve with our Student Council. The truth that we have silently forgotten the reason we are in this university, the truth that we have gradually grown indivualistic, the truth that we are in dire some changes around this place.

Big changes. Shift of paradigm.

We - Harith, Sara, Hanif, Fatimah, Azra, Zati, Shashu, Faizal, and Nabilah - are seeking for
the truth.

"Believe those who are seeking the truth. Doubt those who find it." - Andre Gide (1869 - 1951)