Menyambut hari raya adalah Syariat, bukan adat semata-mata. Maka untuk setiap satu Syariat itu, Allah telah tentukan garis panduan untuk melaksanakannya.
1) Hari Raya Fitri (Eidul Fitri) adalah perayaan yang berlangsung selama satu hari sahaja, bukan sebulan.
2) Ia adalah hari pada mana Allah perintahkan kita untuk bergembira. Maka ciptalah sebab2 untuk kita bergembira dan simpanlah cerita2 yang boleh mengundang duka.
(Sebagaimana yang diceritakan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina A'ishah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Abu Bakr, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira), dan hari ini (Eidul Fitri) adalah hari perayaan untuk kita. Hadith riwayat Muslim)
3) Pakailah pakaian yang baik2 & peliharalah aurat. Makanlah makanan yang baik2 (lazat & berkhasiat). Tetapi bersederhanalah, jangan berlebih-lebihan.
(Dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Allah sangat tidak suka kepada orang2 yang berlebih-lebihan. Surah al-'Araaf; 31)
4) Banyakkan bertakbir.
((dan Allah menghendaki) agar kamu sempurnakan tempoh puasa (selama sebulan) dan membesarkan-Nya (dengan bertakbir) atas segala yang telah dihidayahkan kepada kamu.... Surah al-Baqarah; 185)
5) Mengucapkan selamat dan berdo'a untuk satu sama yang lain.
(Wathilah mengucapkan "taqabalAllahu minna wa minka" apabila bertemu dengan Rasulullah S.A.W. pada hari raya. Rasulullah S.A.W. membalas dengan do'a / ucapan yang sama pada beliau. Hadith riwayat al-Baihaqi)
6) Jagalah waktu solat2 fardhu.
(Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan untuk orang2 yang beriman pada yang waktu2 yang tetap. Surah an-Nisa'; 103)
7) Segera mulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.
(Abu Ayub r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW., "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. Hadith riwayat Muslim)
Semoga Allah menerima amalan2 kita pada Ramadhan kali ini dan sudi menerima kita sebagai tetamu-Nya dalam bulan Ramadhan pada tahun2 yang mendatang. Allahumma ameen.
wAllahu 'alam.