Saturday, May 30, 2009

Selamat Hari Lahir untuk Bonda

Salam, do'a kesejahteraan aku pohonkan untuk bonda, ibuku yang ku cinta.

Setiap kali tibanya hari ulang tahun untuk mana-mana ibu, sudah pasti anak-anak mereka sibuk memikirkan hadiah apa yang harus dihulur. Pernah aku bersikap demikian. Tetapi suatu ketika dalam aku sibuk mencari hadiah ulang tahun untuk bonda, aku terfikir, adakah hadiah yang sekecil ini layak untuk bonda?


Ramai anak-anak muda yang merasakan mereka cukup berdosa andai kata mereka terlupa akan hari lahir ibubapa mereka. Tetapi mereka tidak berasa apa-apa, apabila mereka lupakan nasihat-nasihat orang tua mereka ketika mereka meninggalkan solat lima waktu, terlanjur melakukan zina, menghabiskan masa di kelab-kelab malam, merosakkan diri mereka dengan dadah, dan sebagainya.


wAllahu 'alam

Friday, May 29, 2009

Suu Kyi may not survive imprisonment

Last week, on May 19, the Burma military junta has finally found a reason to throw pro-democracy leader, Aung San Suu Kyi into prison before next year's "multi-party" election. She is now on trial for violating the terms of her house arrest after a US man came uninvited to her home. Another two women who were living with her are also being tried. Many are expecting Suu Kyi to be convicted and if it is so, she will spend 5 years behind bars.

Insien Prison where Suu Kyi is currently being held

The National League of Democracy (NLD), the political party led by Suu Kyi, has warned the world about Suu Kyi's deteriorating health condition and is urging for immediate medical attention. The military junta's foreign ministry said in a press statement a few days ago that the NLD leader is provided with "adequate medical care".

Ms. Suu Kyi is one of many heroic symbols of world peace (the Prophet PBUH, Nelson Mandela, Martin Lurther King are among the others). She, who is now 63, has undergone years of injustice and persecution in her fight to bring democracy to Burma. In 1988, she said, "I could not, as my father's daughter, remain indifferent to what is going on". Suu Kyi is a daugther General Aung San, the general of Burma Independence Army.


What is there to learn about this remarkable lady? I've learnt the important essence in the process of inducing change from Suu Kyi's 19 years of struggle of democracy: determination (
tekad yang bulat) and sacrifice (harga yang perlu dibayar). Determination is achieved when your belief burningly lives in you and sacrifice is done by paying the price of changing the status quo.

Let's look at one scenario to see this essence in practice.

The government has been trying to wipe corruptions (
rasuah) out for almost a decade. Until now, little change is seen. The change that is to be brought about involves all levels of the society. This is where determination plays its role. Every single member of the society (the prime minister, the mayors, the clerks, the janitors) ought to believe that it's a heinous crime to involve in any kind of corruption. Once this is achieved, we now embody the determination we need to effect the change.

What about the sacrifice? As I have mentioned earlier, this change would have to be brought around to everyone. We all have the obligation to pay the price to free ourselves from corruption i.e. we must be willing to 'sacrifice' the corrupted society members regardless of their status and relation to us. What we are doing now is only eradicating bribery cases that are worth less than RM 10K. We don't have the guts to deal with cases that amount to millions of
ringgit .We are still not willing to do the sacrifice required to achieve the change that we long for.

Suu Kyi's pursuit of a democratic country has had the determination and done the sacrifice. The determination was proven when the NLD successfully won the general election in 1990 and Suu Kyi has sacrificed 13 years of her freedom so the fight will remain persistent.

wAllahu 'alam

Wednesday, May 27, 2009

Apa erti kita ke Dungun

kawan-kawan penyejuk hati

2 minggu lepas kami ke Dungun untuk mengadakan satu karnival kesihatan. Kami menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun untuk tujuan itu. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik. Tiada halangan yang betul-betul mencabar.

Cuma saya sedikit
frustrated (bukan frust) dengan sikap dan thought process yang ditunjukkan oleh sebahagian daripada penganjur program. Pembohonglah saya sekiranya saya mengatakan bahawa karnival kesihatan ini berjalan dengan zero problem. Sudah fitrah manusia itu terlanjur melakukan kesilapan dan Tuhan anugerahkan akal pemikiran untuk menelaah kesilapan-kesilapan tersebut, bukan untuk menjawab persoalan "siapa", tetapi lebih kepada persoalan "kenapa" dan "bagaimana".

Ini dilema orang-orang Melayu Islam secara amnya. Terlalu fokus kepada mencari jawapan kepada "siapa punya angkara" supaya punya cerita untuk diumpat di meja makan. Kadang-kadang saya kasihan melihat perkara ini di kalangan masyarakat bangsa sendiri. Terlalu
desperate mencari salah orang supaya diri dapat merasa superiority. Sehingga, mereka terlupa untuk menggali punca masalah daripada peringkat akar umbi. Tanpa menjawab persoalan "kenapa", adalah mustahil bagi kita untuk menghurai persoalan "bagaimana" (mencari jalan penyelesaian, pencegahan, dan sebagainya).

Sampai bila kita akan berada di takuk lama? Sampai bila baru kita mahu belajar membina sikap dan
thought process yang cemerlang?

wAllahu 'alam

Monday, May 11, 2009

Nizar Restored as Perak MB!

KUALA LUMPUR: The High Court here ruled on Monday that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the rightful Perak Mentri Besar, and not Barisan Nasional’s Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“This is a great day for the rakyat (people) because the Law and the Constitution are the true winners,” Nizar said in a statement.

Zambry said he would apply for a stay pending appeal. This was immediately rejected by the court.

The court also ordered Zambry and the six executive councillors he had appointed to vacate their office.

Source: THE STAR

*I have to quote from the Star because harakahdaily.net is currently heavily congested.

Sunday, May 10, 2009

Kepimpinan Ulama'

Tidak lama lagi Muktamar PAS peringkat nasional akan berlangsung buat kali yang ke-55. Media mainstream pun tidak leka daripada mengambil peluang untuk membuat liputan tentang perkembangan menjelang pemilihan barisan kepimpinan baru parti yang bertemakan "kepimpinan ulama'". Bukan seperti Perhimpunan Agung UMNO, media harus bekerja keras untuk mewujudkan tension perebutan kuasa untuk mencemarkan imej parti Islam tersebut.

Tidak mengejutkan bahawa isu ulama' vs. profesional menjadi pilihan. Pilihan yang berkesan, pada pendapat saya. Mereka dapat mencucuk sentimen agar tercetusnya fraction dalam parti daripada kalangan ahli parti dan sekaligus menimbulkan persoalan tentang kemunasabahan kepimpinan ulama. Saya tidak mahir tentang realiti dalam PAS. Tidak tahu jika benar wujud fraction yang disebut-sebut. Jadi, saya tidak harus menghurai tentang itu. Jika benar ada fraction, haruslah diurus dengan teliti supaya perbezaan yang berlaku hanya mengarah kepada persaingan yang sihat. Persaingan yang menjana hikmah dan bijaksana di kalangan ahli-ahli dalam parti.

Mari kita tumpukan perhatian kepada persoalan
validity kepimpina ulama'. Isu ini mudah untuk dijawab. Hanya perlu logika yang sihat dan disandarkan pada dalil syariat. Perhatikan hadis di bawah.

"
Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, Allah memperjalankannya di atas salah satu jalan surga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap mereka karena ridha kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya seorang alim itu dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang ada di dasar lautan. Sesungguhnya keutamaan seorang alim atas seorang abid (ahli ibadah) seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mewariskan ilmu. Karena itu, siapa saja yang mengambilnya, ia telah mengambil bagian yang besar." (Hadis riwayat Abu Dawud, at-Tarmidzi, al-Baihaqi, dan ibn Hibban)

Ar-Rasul S.A.W. telah menetapkan bahawa golongan ulama' yang akan mewarisi kerja-kerja baginda, mewarisi perjuangan agama yang tidak akan padam sehingga sangkakala pertama ditiupkan sang Israfil. Apakah kerja-kerja Nabi? Adakah Nabi hanya mengajarkan agama, tetapi tidak memimpin ummat? Adakah Nabi tidak mengetuai angkatan perang? Adakah Nabi tidak menurunkan tandatangan bagi perjanjian-perjanjian negara Islam dengan kumpulan-kumpulan lain? Soalan-soalan ini sudah cukup untuk menjawab persoalan validity kepimpinan ulama' pada masa ini. (Pendapat saya ini saya sandarkan kepada pandangan seorang muhaddith,
al-Hafizh Ibn Hajar; beliau menafsirkan keratan hadith dalam bold bahwa orang yang mewarisi menempati kedudukan yang diwarisi berserta hukum pada posisi yang ia gantikan.)

Perhatikan pula potongan ayat al-Quran di bawah.

"Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertaqwa." (al-A'raf: 128)

Hakikat yang harus difahami bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah S.W.T.. Dan Dia akan mewariskan atau mewakilkan pentadbiran bumi ini kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan manusia. Satu lagi hakikat yang perlu dihayati ialah bahawa manusia seluruhnya hanyalah hamba kepada Allah S.W.T..

Oleh yang demikian, adakah kita yang hanya merupakan hamba kepada Pemilik bumi ini berhak untuk mentadbir bumi yang kita tiada sedikit hak pun ke atasnya, sewenang-wenangnya mengikut selera kita? Selayaknya tanggungjawab khilafah yang diberikan oleh Pemilik bumi ini dilaksanakan mengikut panduan wahyu daripada kalam Tuhan yang Maha Suci.

Seterusnya mari kita persoalkan, siapakah di kalangan kita yang paling layak mewarisi khilafah bumi ini? Bukankah mereka yang paling arif tentang makna kalam Tuhan adalah yang paling layak untuk diwariskan kepada mereka kepimpinan dunia, lantaran merekalah yang paling memahami kehendak Tuhan ke atas bumi ini?

Sebagai nota akhir, saya kurang bersetuju dengan usaha-usaha yang ingin melukis satu garisan yang betul-betul jelas supaya mudah dilabel seseorang itu sebagai ulama'. Kerana, saya melihat usaha ini akan menyemai lagi budaya dichotomy dalam masyarakat negara ini. Walhal, yang kita perlukan hari ini adalah penyepaduan ilmu akhirat dan dunia dalam melahirkan kepimpinan.

Mulakan pendidikan anak-anak dengan mengenal siapa Tuhan mereka, sebab dan tujuan kelahiran mereka, ilmu al-Quran, bahasa Arab dan asas-asas halal dan haram dalam agama. Insha Allah, hati akan menjadi terang. Ilmu dunia yang akan menyusul pasti dapat dikuasai dengan hebat. Pelaksanaannya juga bertepatan dengan kehendak sebenar Rabb yang Maha Mencipta.

wAllahu 'alam

Friday, May 8, 2009

Ukur kuat suatu ummat

Secara amnya, neraca kekuatan suatu ummat itu terletak ada kekuatan mereka secara kolektif untuk melawan atau mengatasi hawa nafsu. Dengan kata lebih mudah, kekuatan suatu ummat itu boleh dinilaikan dengan tahap disiplinnya, kerana apa yang ada pada disiplin kalau bukan mengekang kehendak kita supaya selari dengan peraturan yang diletakkan ke atas kita.

Saya kurang suka untuk menggunakan perkataan disiplin dalam kalam saya yang seterusnya kerana saya berniat untuk focus tentang permasalahan kekuatan ummat Islam. Kerana, Islam mengajar tentang ancaman hawa nafsu.

Jadi, persoalan di sini, di manakah tahap kekuatan ummat Islam di Malaysia pada hari ini? Bagaimana harus kita nilaikan?

Seperti yang telah saya utarakan di awal kata tadi, kekuatan suatu ummat itu harus disemak pada kekuatan ahlinya mengatasi hawa nafsu. Bagaimana mungkin untuk kita menganalisis sejauh mana ummat Islam sudah mampu mengatasi hawa nafsu? Mudah saja. Anda bangun awal pagi, dalam lingkungan 15 minit sebelum pukul 6. Pergilah ke mana-mana surau yang berdekatan. Dan lihatlah bilangan pemuda-pemuda yang berada di sana untuk menghadapkan diri di hadapan Penguasa Seluruh Semesta, mensyukuri hari baru yang dikurnia, untuk terus menjadi hamba.

Kekuatan ummat Islam boleh diukur dengan ketabahan mereka menangkis selimut dan bantal di waktu awal pagi untuk melangkah ke masjid menunaikan fardhu Subuh. Semoga Allah mengembalikan kemuliaan Islam di Malaysia dengan segera.

wAllahu 'alam

Saturday, May 2, 2009

Tergantung

"Pada dua perkara yang bergantung antara satu sama lain, yang lebih dekat dengan permulaan adalah yang terutama."

1. Misalan, sebuah pasukan perang yang kuat memerlukan (1) kemudi minda yang "advanced" dan (2) pasukan fizikal yang gagah.
2. Minda yang hebat mampu merancang strategi licik dan ampuh untuk menyerang dan bertahan.
3. Tetapi, pasukan fizikal yang hebat diperlukan untuk melaksanakan strategi dan perancangan tersebut.
4. Walau bagaimanapun, set minda yang saya sebutkan awal tadi juga harus wujud untuk mencari jalan dalam pembinaan pasukan fizikal yang perkasa.
5. Dan proses pembinaan pasukan fizikal itu lebih dekat dengan permulaan sesebuah pasukan perang.
6. Maka, kemudi minda yang mantap adalah sebab yang lebih utama dalam sesebuah pasukan tempur yang tak terkalah; walaupun dalam episod perjuangan seterusnya, mereka saling tergantung antara satu dengan yang lain.




wAllahu 'alam

Aku diberi Geng

Aku bersyukur kepada Tuhan Penguasa semesta alam atas satu pemberian kurnia yang tiada ternilai. Aku diberi-Nya "Geng". Oleh sebab "Geng", set kumpulan kawan-kawanku terbelah kepada dua, secara am.

Kenapa? Kerana "Geng" tak membenarkan aku berbicara perihal dunia sebelum aku sedar akan perihal hidupku di alam akhirat. "Geng" akan selalu bertanya kepadaku tentang asal aku, apa makna hidupku, dan kepada siapa aku harus pulang. Bukan kerana mahukan jawapan, tetapi kerana mengingatkan.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang telah beriman dan melakukan amal soleh, dan juga mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (al-'Asr: 1-3)

Kerana "Geng" tidak cepat menghukum. Itu haram, itu dosa, itu neraka. "Geng" tidak begitu. Dengan "Geng" aku mencari kepuasan dalam beragama. Mengamati dalil-dalil Tuhan dengan pancaindera. Bukan tunduk kepada kata-kata sebahagian manusia, ta'at membabi buta. "Geng" bersama aku dalam mencuba untuk fahamkan dan hayati kitab al-Quran dan sunnah ar-Rasul yang mulia. Bukan mengerah keringat aku menghafal kalam Tuhan dan hadis Nabi tanpa tahu arah dan makna.

"Wahai manusia! Abdikanlah dirimu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.
Dia-lah (Tuhan) yang telah menjadikan untuk kamu bumi ini sebagai hamparan, dan langit sebagai bangunan, dan Dia telah turunkan dari langit itu air hujan yang makan dengan air itu keluarlah berbagai jenis buah-buahan, sebagai rezeki buat kamu; maka janganlah kamu jadikan sekutu buat Allah (S.W.T.) sedangkan kamu tahu.
Dan kalau kamu masih ada menaruh syak tentang apa yang telah Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah datangkan satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah saksi-saksi daripada kalangan kamu selain Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
Maka kalau kamu tidak dapat melakukannya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat melakukannya, maka takutlah kamu terhadap azab neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu (berhala), yang disediakan untuk orang-orang yang kafir." (al-Baqarah: 21-24)


Maaf kepada kumpulan kawan-kawanku yang bukan "Geng". Kalian mungkin terasa hati kerana kadang-kadang dalam percakapan kami (aku & "Geng"), terkeluar sepatah dua kata-kata daripada bahasa "asing". Kadang-kadang kami tergembira atau tersedih tetapi kalian sukar untuk memahami. Bukan kerana kami mulia atau cuba memuliakan diri kami, cuma kami cuba melihat kehidupan daripada sudut yang berbeza, sudut yang diletakkan oleh yang Maha Pencipta.

Tuntutlah ilmu, kenallah Tuhan, yakinlah akan Hari Akhirat, belajarlah sirah Nabi untuk disusuli, nescaya kamu akan lebih memahami aku dan "Geng". Kerana, inilah yang aku & "Geng" cintai. Dan kerana inilah Tuhan ikatkan hati-hati kami.

wAllahu 'alam