Wednesday, May 27, 2009

Apa erti kita ke Dungun

kawan-kawan penyejuk hati

2 minggu lepas kami ke Dungun untuk mengadakan satu karnival kesihatan. Kami menggunakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun untuk tujuan itu. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik. Tiada halangan yang betul-betul mencabar.

Cuma saya sedikit
frustrated (bukan frust) dengan sikap dan thought process yang ditunjukkan oleh sebahagian daripada penganjur program. Pembohonglah saya sekiranya saya mengatakan bahawa karnival kesihatan ini berjalan dengan zero problem. Sudah fitrah manusia itu terlanjur melakukan kesilapan dan Tuhan anugerahkan akal pemikiran untuk menelaah kesilapan-kesilapan tersebut, bukan untuk menjawab persoalan "siapa", tetapi lebih kepada persoalan "kenapa" dan "bagaimana".

Ini dilema orang-orang Melayu Islam secara amnya. Terlalu fokus kepada mencari jawapan kepada "siapa punya angkara" supaya punya cerita untuk diumpat di meja makan. Kadang-kadang saya kasihan melihat perkara ini di kalangan masyarakat bangsa sendiri. Terlalu
desperate mencari salah orang supaya diri dapat merasa superiority. Sehingga, mereka terlupa untuk menggali punca masalah daripada peringkat akar umbi. Tanpa menjawab persoalan "kenapa", adalah mustahil bagi kita untuk menghurai persoalan "bagaimana" (mencari jalan penyelesaian, pencegahan, dan sebagainya).

Sampai bila kita akan berada di takuk lama? Sampai bila baru kita mahu belajar membina sikap dan
thought process yang cemerlang?

wAllahu 'alam

2 comments:

Anonymous said...

salam..Lagi sedih melihat manusia yang terlalu ego dan terasa diri sendiri sahaja yang betol dan orang lain tidak sehebat dan setanding dirinya. Jangan terlalu berdendam itu lebih baik, jika benar manusia melayu muslim yang lain melakukan kesalahan, silalah tegur dengan baik. Janganlah kita hanya bijak meluahkan rasa tidak puas hati. Jagalah erti persahabatan, jika kita bijak menyarankan orang lain agar jangan bermasam muka, jangan berdendam dan lupakan sengketa lama, dan mengapa kita sendiri yang bermasam dan berpaling muka? cuba imbas diri sendiri dahulu sebelum merenung ke dalam pelusuk hati orang lain. Renung-renungkanlah. banyak erti ke dungun sebenarnya, cuma hati yang tertutup sahaja tidak dapat merasa erti sebenarnya, termasuk diri ini juga. Masalah ada di mana-mana, lebih indah jika masalah itu ditanggung bersama-sama. Wasalam.

harith_fakhrudin said...

wslam,

kepada saudara / saudari yang anonymous, saya mohon maaf kerana nampaknya tulisan saya menyinggung perasaan kamu.

tapi saya minta kamu tolong tunjukkan pada tulisan saya sentimen2 dendam, marah dan emosi tak tentu hala. saya tidak sedikit pun menyatakan "trip" ke dungun itu tiada langsung beerti. tulisan ini bertujuan supaya kita berfikir kembali tujuan kita ke dungun.

perenggan kedua tulisan saya kali ini pun sudah menjadi sangat "general", menjurus kepada fenomena masyarakat Melayu Islam seluruhnya. tidak di"target" kepada mana2 individu.

janganlah cepat melenting. anonymousity kamu terlalu mudah untuk dibaca nanti. =)

wAllahu 'alam