Aku belai seekor kucing,
sederhana besar,
ku namai si Ali.
Suatu malam,
sebelum fikiran ku tenggelam dalam laut malam,
ku dakap si Ali erat,
terhidu bau mulutnya pekat.
Benar seperti kata kawan-kawan ku,
bau mulut si Ali boleh menusuk kalbu.
Tapi aku katakan pada si kucing,
lebih rela aku hirup udara dari mulut mu,
daripada udara yang keluar dari mulut-mulut manusia,
yang berasalkan hati yang mati,
tak ubah bagai bangkai.
No comments:
Post a Comment