"Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.)! Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemani kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui tentang yang ghaib dan yang nyata. Lalu Dia memberitahu kamu apa yang kamu lakukan." (Al-Jumuah: 8)
Sungguh, tiada siapa yang memahami hakikat kematian melainkan insan-insan pilihan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Tetapi, ingin ku seru kepada penyambut tahun-tahun baru, dan kepada penyambut hari-hari lahir, dan juga kepada seluruh pencinta keseronokan dan kelazatan;
"Kamu terlalu jauh dari hakikat (mengenali) mati! Betul, aku juga jauh. Tapi aku masih tidak dapat melihat kamu di belakang."
Belajarlah dan dalamilah hakikat mati kerana mati itu pasti menemani kamu.
1 comment:
salam..
izinkan sy meletakkan blog anda dlm jalinan blog rakan2 sy yg masih sedikit bilangannya tu..
eh..semoga segera sembuh..
Post a Comment