Sunday, March 27, 2011

Gua sedih

Gua sedih.

Bila gua dah mula bahasakan diri gua "gua" dan pembaca gua "lu", maknanya gua akan merungut tentang sesuatu yang gua rasa tersangatlah "annoying".

Pagi tadi gua berbual santai dengan sepupu gua. Nama dia Muhammad. Umur dia 8 tahun. Semalam gua solat Asar berjemaah dengan dia. Gua jadi imam. Dia tegur gua; dia cakap gua sujud sekejap sangat. Dia pun peringat kat gua. Kata dia, "Kita kalau solat, jangan main baca je do'a tahiyyat, tasbih, masa kita solat." Gua pun kasik respon, "Betul, betul."

"Kita ni selalu solat, bacaan semua cukup, lengkap. Tapi fikiran selalu ke tempat lain. Ingat TV, kawan, homework, macam-macam lagi la", Muhammad sambung tazkirah dia.

Gua cakap, "Abang pun ada masalah camtu. Susah betul nak khusyuk dalam solat."

"Memang susah. Tapi kita kena cuba jugak. Usaha banyak-banyak", sepupu gua yang kenit ni, tapi cerdik sambung lagi.

Gua tanya dia, "Kenapa Mat (nama manja dia) nak sangat khusyuk dalam solat?"

"Mat nak dapat Haqqul Yaqin!", pantas Muhammad menjawab.

"Apa tu Haqqul Yaqin?", gua tanya mintak penjelasan.

"Bila kita capai Haqqul Yaqin, kita takkan boleh nak lupa pada Allah. Mat tak nak lupa pada Allah. Jadi, Mat kena khusyuk semasa solat. Baru Mat boleh dapat Haqqul Yaqin", padat penjelasan sepupu gua ni.




Gua seronok bila tengok anak-anak kecil mampu menghayati iman macam Muhammad ni. Muhammad bercita-cita nak menuju Haqqul Yaqin. Tapi gua sedih. Gua teramat sedih bila member-member gua yang dah lebih 10 tahun baligh, bercita-cita nak jadi hero dalam cerita cinta masing-masing.

Muhammad tu berapa umur dia? 8 tahun la brader. Lu, umur dah lebih 18 tahun, bulu ketiak pun dah panjang mencecah ke pinggang, tak reti-reti nak menghayati makna iman. Lu patut malu. Muhammad ni lebih layak nikah dengan awek yang lu tatang macam minyak yang penuh. Muhammad ni jauh lebih matang daripada lu. Muhammad ni lagi dekat dengan Allah daripada lu.

Lu patut malu.

Lu, makna Haqqul Yaqin pun tak tahu. Bila tak tahu, tak nak belajar. Bodoh. Sombong pulak. Bodoh sombong. Tapi mungkin lu bukan sombong. Gua nak berbaik sangka. Nak berharap. Gua fikir, lu tak tahu pun apa yang lu tak tahu. Jadi lu pun tak tahu apa yang lu patut belajar.

Gua ni marah-marah, tulis perkara-perkara macam ni, kena beringat jugak.

Ya Allah,
Aku ingin berdo'a, sekarang.
Tolong dengar luah kata hatiku.

Aku ingin mahukan hanya Engkau,
aku ingin cintakan hanya Engkau,
aku ingin berkorban untuk Engkat,
aku ingin hidup dan mati untuk Engkau.

Pimpin tanganku wahai ar-Rahman,
pandanglah aku dalam solatku,
pandulah aku dalam langkahku,
peliharalah aku pada perkataanku,
tetapkan aku atas jalan Nabi-Mu,
lindungiku daripada jilatan api neraka-Mu.

Ameen, ya Rabb.

Gua masih sedih.

wAllahu 'alam.

5 comments:

Raja Wani said...

gua pun sedih bila tak dapat nangis atas tikar sejadah :)

merah jambu said...

agree with wani. it's sad that i tend to cry to Him only when i'm in distress or in dire need of His help. time happy2 xde plak. nak kusyuk in solat pun susah. xde or ade bf/gf pun same je, melayang tempat lain.

kene gigih lagi berusaha. tqvm for the peringatan.

Unknown said...

susah nk nangis dlm solat bile Allah blom duduk dlm ranking yg pertama dlm hati. mcm saye tulis dlm entri ni, saye pn ada mslh yg sama.

kita kene clear, btol2 clear, ape ultimate destination kita. mane kita nak pergi. muhammad dlm entri ni clear yg ultimate destination die adalah yaumul akhir. member saye pulak saye tak pasti ape ultimate destination die. nampaknya mcm bukanlah bertemu Allah di akhirat nnt.

bila kita dh btol2 clear ttg ultimate destination kita, kita pun fahamlah kenapa kita solat. mudahlah utk hati disentuh dalam solat. saya ni cakap mmg pandai. belum berjaya lg merealisasikan.

Allahumma a'inni...

Unknown said...

ameen.sob.

s a r said...

touching sudaa ni.

teringin juga capai Haqqul yaqin.

akui, syaitan suka sangat mengusik hati. lagi2 time hati kosong tak terisi. hmm