Tuesday, August 6, 2013

Sambutan hari raya: adat atau syariat?

Menyambut hari raya adalah Syariat, bukan adat semata-mata. Maka untuk setiap satu Syariat itu, Allah telah tentukan garis panduan untuk melaksanakannya.

1) Hari Raya Fitri (Eidul Fitri) adalah perayaan yang berlangsung selama satu hari sahaja, bukan sebulan.

2) Ia adalah hari pada mana Allah perintahkan kita untuk bergembira. Maka ciptalah sebab2 untuk kita bergembira dan simpanlah cerita2 yang boleh mengundang duka.

(Sebagaimana yang diceritakan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina A'ishah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Abu Bakr, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira), dan hari ini (Eidul Fitri) adalah hari perayaan untuk kita. Hadith riwayat Muslim)

3) Pakailah pakaian yang baik2 & peliharalah aurat. Makanlah makanan yang baik2 (lazat & berkhasiat). Tetapi bersederhanalah, jangan berlebih-lebihan.

(Dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Allah sangat tidak suka kepada orang2 yang berlebih-lebihan. Surah al-'Araaf; 31)

4) Banyakkan bertakbir.

((dan Allah menghendaki) agar kamu sempurnakan tempoh puasa (selama sebulan) dan membesarkan-Nya (dengan bertakbir) atas segala yang telah dihidayahkan kepada kamu.... Surah al-Baqarah; 185)

5) Mengucapkan selamat dan berdo'a untuk satu sama yang lain.

(Wathilah mengucapkan "taqabalAllahu minna wa minka" apabila bertemu dengan Rasulullah S.A.W. pada hari raya. Rasulullah S.A.W. membalas dengan do'a / ucapan yang sama pada beliau. Hadith riwayat al-Baihaqi)


6) Jagalah waktu solat2 fardhu.

(Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan untuk orang2 yang beriman pada yang waktu2 yang tetap. Surah an-Nisa'; 103)

7) Segera mulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

(Abu Ayub r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW., "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. Hadith riwayat Muslim)

Semoga Allah menerima amalan2 kita pada Ramadhan kali ini dan sudi menerima kita sebagai tetamu-Nya dalam bulan Ramadhan pada tahun2 yang mendatang. Allahumma ameen.

wAllahu 'alam.

Monday, May 6, 2013

Melayu mengguris hatiku

Orang Melayu mengguris hatiku

Orang Melayu masih tidur lagi,
masih lena dibuai mimpi,
tidak mengapa susah sara hidup tinggi,
biarlah dirompak khazanah negeri,
anak2 berhutanglah sebelum dapat degree,
asalkan kalah si anwar yahudi.

Kau guris hatiku wahai si Melayu,
kau hancur harapan rakyat bersatu,
menumbang kezaliman membebas belenggu,
mengikat-gari tangan si penipu.

Orang Melayu masih mahu lena lagi,
kasihan anak cucu yang menanggung rugi.

wAllahu 'alam.


Monday, April 29, 2013

Saya kritik kerajaan. Tidak patriotikkah saya?

Saya ada beberapa pengalaman di'tegur' oleh orang tua2 akan sikap kritikal saya terhadap kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Kata mereka saya tidak patriotik. Tak cinta pada negara. Terikut2 budaya barat.

Ingin saya nyatakan dengan tegas, saya dan ramai lagi anak-anak muda Malaysia memilih untuk melaungkan suara perubahan semata-mata kerana rasa cinta pada tanah tumpah darah sendiri. Kita membaca, menonton TV & video2 di internet, mendengar perbahasan2 menerusi corong2 TV & radio, menganalisa kenyataan pemimpin2 negara, berfikir, membentuk pendirian, dan berdo'a siang & malam kerana kita kisah dengan apa yang berlaku kepada negara bertuah ini.



Foto ihsan:  armyoffisabilillah.blogpsot.com


Kita tidak mencanggah sejarah bahawa UMNO di bawah pimpinan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman yang berjaya memacu perjuangan rakyat sehingga tercapainya kemerdekaan. Tetapi banyak di kalangan kita yang terlupa akan the unsung heroes; mereka yang memilih haluan kiri untuk memperjuangkan kemerdekaan negara seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Pak Sako, dan Mat Indera. 

Kewujudan mereka memberi pressure daripada sudut yang berbeza kepada British untuk memberi kemerdekaan kepada mereka. Disebabkan oleh tahap ignorance yang melampau terhadap perjuangan kelompok haluan kiri telah menyebabkan rakyat berpandangan bahawa negara adalah synonym dengan UMNO/BN. Kritikal pada UMNO, maksudnya kritikal pada negara/Malaysia. Sokong pembangkang, maksudnya sokong kehancuran negara/Malaysia. Sokong pembangkang, maksudnya mahu ulang May 13. Sampai bila kita nak dibelenggu oleh pemikiran sempit ini? Pemikiran sempit yang dibina atas ignorance terhadap sejarah negara sendiri.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada pakcik2 & makcik untuk redirect kemarahan mereka kepada anak2 muda yang tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, yang sudah berdaftar tapi tak mahu pulang mengundi, yang menonton Iron Man III sampai 2-3 kali di panggung wayang, yang leka dengan dunia hiburan tatkala negara berada di ambang genting yang bakal menentukan pimpinan dan halatuju negara. Mereka ini yang tidak patriotik. Mereka yang tidak cinta pada Malaysia. Mereka yang terikut2 dengan budaya barat. Bukan saya, bukan sahabat2 saya.

wAllahu 'alam.

Sunday, April 28, 2013

Menilai semula Amanat Haji Hadi

Lebih kurang jam 12.30 tengahari hari ini, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan baik saya. Selepas memberi salam, dengan bersemangat dan penuh minat kawan saya bertanya, "Kau ada tak buku bertajuk Kafirkah Aku?". Saya menjawab, "Tak ada. Buku apa tu?". "Buku tentang amanat Haji Hadi", balas kawan saya ini. "Nak bincang isu amanat Haji Hadi sampai nak tulis buku. Artikel 1-2 muka surat dah boleh selesai bincang isu ini. Kalau sampai tulis buku, biasanya ada agenda politik la tu", saya memberi pandangan.

Saya sertakan link tulisan artikel Dr MAZA mengulas tentang isu amanat Haji Hadi di sini.

Kalau sahabat-sahabat meniliti artikel Dr MAZA yang saya kongsikan di atas, kita tak jadi kalut bila berbicara tentang isu amanat Haji Hadi ini. Pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang adil, kerana Allah S.W.T. menyuruh kita untuk berlaku adil dalam apa jua keadaan kerana keadilan membawa kepada taqwa. "... Berlaku adillah! kerana itu lebih dekat dengan taqwa; dan bertaqwalah kepada Allah..." (Surah al-Maidah: 8)


Banyak orang, terutamanya ahli-ahli ISMA, menyalahkan amanat Haji Hadi sebagai salah satu punca utama perpecahan ummat Islam pada hari ini.  Mereka berhujah, bahawa amanat yang berusia lebih daripada 20 tahun ini menjadi punca budaya takfir (mengkafirkan) di kalangan ummat Islam. Sampai buat press conference. Satu persoalan yang saya ingin lontarkan di sini (harapnya dijawab), mengapa amanat yang nostalgia ini dihentam dengan keras, sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, dan kenyataan ini begitu recent (tak sampai beberapa minggu yang lalu ), tidak dikritik? Kalau nak hentam, janganlah pilih bulu. Sekali lagi saya seru supaya berlakulah adil. Yang betul tetap kita kata betul, yang salah tetap salah, tak kira siapa pun pelakunya.  

wAllahu 'alam.

Bahagia

Bahagia itu rasa,
bahagia itu sakinah, tenteram,
jauh dari putus asa.

Bahagia itu tak boleh dibeli,
tak boleh dibuat-buat, atau dilakon-lakonkan.
Bila ia datang bersinggah,
cepat-cepat ucap Alhamdulillah.
supaya kita tidak lupa, 
kepada yang Mencipta rasa bahagia.

Alhamdulillah.

Bahagia itu ada kuncinya,
Nikah.

Bernikah biar ikhlas,
bernikah biar tuntas.

Baru nikah jadi gedung pahala,
baru nikah mendinding dari dosa-dosa. 

Berindu biar selalu,
Bersayang biar berpanjangan, 
Romantika hingga ke anak cucu,
Cinta membawa ke Syurga impian.

Terima kasih cinta hatiku, Za'faran.


Picture taken @ PICC, 10/10/2012