Lebih kurang jam 12.30 tengahari hari ini, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan baik saya. Selepas memberi salam, dengan bersemangat dan penuh minat kawan saya bertanya, "Kau ada tak buku bertajuk Kafirkah Aku?". Saya menjawab, "Tak ada. Buku apa tu?". "Buku tentang amanat Haji Hadi", balas kawan saya ini. "Nak bincang isu amanat Haji Hadi sampai nak tulis buku. Artikel 1-2 muka surat dah boleh selesai bincang isu ini. Kalau sampai tulis buku, biasanya ada agenda politik la tu", saya memberi pandangan.
Saya sertakan link tulisan artikel Dr MAZA mengulas tentang isu amanat Haji Hadi di sini.
Kalau sahabat-sahabat meniliti artikel Dr MAZA yang saya kongsikan di atas, kita tak jadi kalut bila berbicara tentang isu amanat Haji Hadi ini. Pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang adil, kerana Allah S.W.T. menyuruh kita untuk berlaku adil dalam apa jua keadaan kerana keadilan membawa kepada taqwa. "... Berlaku adillah! kerana itu lebih dekat dengan taqwa; dan bertaqwalah kepada Allah..." (Surah al-Maidah: 8)
Banyak orang, terutamanya ahli-ahli ISMA, menyalahkan amanat Haji Hadi sebagai salah satu punca utama perpecahan ummat Islam pada hari ini. Mereka berhujah, bahawa amanat yang berusia lebih daripada 20 tahun ini menjadi punca budaya takfir (mengkafirkan) di kalangan ummat Islam. Sampai buat press conference. Satu persoalan yang saya ingin lontarkan di sini (harapnya dijawab), mengapa amanat yang nostalgia ini dihentam dengan keras, sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, dan kenyataan ini begitu recent (tak sampai beberapa minggu yang lalu ), tidak dikritik? Kalau nak hentam, janganlah pilih bulu. Sekali lagi saya seru supaya berlakulah adil. Yang betul tetap kita kata betul, yang salah tetap salah, tak kira siapa pun pelakunya.
wAllahu 'alam.
No comments:
Post a Comment