Friday, May 8, 2009

Ukur kuat suatu ummat

Secara amnya, neraca kekuatan suatu ummat itu terletak ada kekuatan mereka secara kolektif untuk melawan atau mengatasi hawa nafsu. Dengan kata lebih mudah, kekuatan suatu ummat itu boleh dinilaikan dengan tahap disiplinnya, kerana apa yang ada pada disiplin kalau bukan mengekang kehendak kita supaya selari dengan peraturan yang diletakkan ke atas kita.

Saya kurang suka untuk menggunakan perkataan disiplin dalam kalam saya yang seterusnya kerana saya berniat untuk focus tentang permasalahan kekuatan ummat Islam. Kerana, Islam mengajar tentang ancaman hawa nafsu.

Jadi, persoalan di sini, di manakah tahap kekuatan ummat Islam di Malaysia pada hari ini? Bagaimana harus kita nilaikan?

Seperti yang telah saya utarakan di awal kata tadi, kekuatan suatu ummat itu harus disemak pada kekuatan ahlinya mengatasi hawa nafsu. Bagaimana mungkin untuk kita menganalisis sejauh mana ummat Islam sudah mampu mengatasi hawa nafsu? Mudah saja. Anda bangun awal pagi, dalam lingkungan 15 minit sebelum pukul 6. Pergilah ke mana-mana surau yang berdekatan. Dan lihatlah bilangan pemuda-pemuda yang berada di sana untuk menghadapkan diri di hadapan Penguasa Seluruh Semesta, mensyukuri hari baru yang dikurnia, untuk terus menjadi hamba.

Kekuatan ummat Islam boleh diukur dengan ketabahan mereka menangkis selimut dan bantal di waktu awal pagi untuk melangkah ke masjid menunaikan fardhu Subuh. Semoga Allah mengembalikan kemuliaan Islam di Malaysia dengan segera.

wAllahu 'alam

2 comments:

Anonymous said...

bagaimana ummat islam ingin bersatu jika selalu mencapai kata sepakat dalam sesebuah perjumpaan jika suara minoriti tidak diendahkan secara total?
adakah perbuatan saling menunding jari dibenarkan jika satu pihak itu mendapat kerugian atas kesalahan pihak yang lagi satu?
Bagaimana pula dengan dakwah seorang pemimpin yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pengikut untuk mendapat tunjuk ajar digantikan pula dengan caci-merca yang tidak ada kaitan nya dengan masalah tersebut?
adakah semua ini dibenarkan dalam islam, wahai saudara?

harith_fakhrudin said...

Kepada saudara anonymous, permasalahan2 yang saudara lontarkan merupakan masalah yang melarat. Bukanlah masalah akar umbi. Saya cuba mengorek permasalahan ummat ini daripada akar umbi. Ikatan yang longgar dengan wahyu dan sunnah Nabi adalah masalah peringkat akar umbi. Kerana ini ummat Islam melakukan kesilapan2 seperti yang saudara anonymous senaraikan - penidakkan suara minoriti secara total, caci maki, saling menunding jari dan sebagainya.

Ummat tidak lagi dekat dengan solat. Jauh daripada sifat2 yang Nabi ajarkan.

Sekarang, mari kita fokus kepada masalah2 asas. Cari penyelesaiannya. Hidupkan hati dengan wahyu, segarkan anggota tubuh dengan cara hidup Rasulullah S.A.W.. Insha Allah segala dilema ummat kita dapat atasi dengan baik.