Saya hampir-hampir hilang semangat untuk berfikir dan menulis, untuk berkongsi. Tetapi, selepas perbualan saya dengan seorang kawan, jiwa saya membentak. "Hubungan Tuhan dan manusia masih tidak sempurna. Masih dinoda dengan syirik, bid'ah, takabbur, dan riya'. Bagaimana boleh engkau merasa malas untuk berfikir tentang masyarakat dan agama?" Terima kasih Tuhan atas peringatan itu.
Konon-konon
Saya diceritakan tentang seorang lagi sahabat yang petah bercakap tentang agama, tetapi akhir-akhir ini kelihatan tewas kepada fitnah wanita. Telinga saya agak kurang selesa mendengar kata-kata 'cinta' seperti "You're everything to me", ataupun, "I love you and only you", ataupun, "I can't breathe without you". Lebih-lebih lagi, apabila bicara-bicara ini keluar dari mulut orang-orang yang tampak seperti memahami agama dan dakwah. Tetapi tidak hakikatnya, cuma konon-konon.
Awas akan syirik
Tidak keterlaluan jika saya cakap bahawa ada baur kesyirikan dalam kata-kata puitis cinta yang saya sebutkan baru tadi. "Kau segalanya untuk ku"; maka Tuhan tiada lagi untuk si pembicara kata itu. "Aku cinta kamu dan hanya kamu"; bagaiman dengan hak Rasulullah untuk cinta daripada si berkata-kata? "Kaulah udara ku"; terlupakah engkau wahai manusia akan pencipta udara hakiki yang kau hirup hari-hari?
Iman sebagai penyelesai
Sekali lagi dan buat selamanya, imanlah kunci kekalutan jiwa dalam perihal bercinta. Berkenal-kenallah dengan Allah dan rasul-Nya, bersatulah dengan kalimah tauhid yang agung, bersiap-siagalah untuk menghadapi mati dan hari yang Pasti. Nescaya, pangkat, harta, wanita dan segala yang tercipta tiada mampu memperhambakan kita. Dan mampulah kita hidup dengan jiwa yang besar dan kaya seperti sahabat-sahabat rasul yang mulia dan para salafussoleh.
wAllahu 'alam

3 comments:
berjiwa mereka.
alhamdulillah,akhirnya post yg dinanti2 muncul.tahniah!
moga kesedaran terbit dan lahir dalam diri kita semua yg mmg sentiase perlu diperingatkan lbh2 lg ttg perkara ni.perkara serius tapi ramai yang suke ambil jalan mudah.
moga usahe 'membaja,menyemai dan menyuburkan' hati-hati manusia dipermudahkan.
it a testament to how far we've strayed when saying 'i love you more than god itself' (which seems to be appearing in almost every movie/love story)seems normal and oh so romantic to everyone.
Post a Comment