Tuesday, October 20, 2009

Sebelum melelapkan mata

Saya ingin berfikir tentang agama saya. Saya lakukannya di sini supaya yang lain dapat berkongsi.

Saya dibesarkan dengan agama ini. Saya tidak pernah diberi pilihan. Tetapi saya sangat-sangat bersyukur saya tidak perlu membuat pilihan tentang agama. Kerana, mungkin saja saya pilih yang salah lagi menyesatkan.

Tuhan Maha Pemurah.

Jarang-jarang saya bersyukur dengan agama yang saya "ada". Takut-takut nanti ia tiada di saat maut datang menyapa. Tuhan yang Maha Kaya, biarkanlah aku pergi dengan agama-Mu yang Maha Suci.

Tuhan Maha Mengetahui.

Agama saya mengajarkan bahawa hidup ini satu ujian. Untuk kita menjadi lebih beriman. Tetapi ini hanya berlaku kepada manusia yang ingin memikirkan. Semoga Tuhan menunjukkan jalan. Jalan sehala, menuju syurga puncak bahagia.

Tuhan Maha Pemberi Petunjuk.

wAllahu 'alam

2 comments:

Huda Engku said...

Assalamualaikum,
benar kita beruntung dilahirkan di dalam agama ini tapi jarang yg rasa beruntung dan bersyukur.

Dr Fadzilah Kamsah pernah mengajak penonton (kalau bosan sy suka menonton program beliau di Astro) untuk berdoa setiap masa agar diberikan keceriaan di tempat kerja/belajar dan susuli doa tersebut dgn "jikalau aku mati hari ini, matikan lah aku dalam keimanan" (read husnul khatimah/kesudahan yg baik, insha Allah). so selalulah berdoa kita kita tinggalkan dunia dgn agama yg benar, cara yg elok, inshaAllah.

Unknown said...

ameen.