Monday, September 22, 2008

Standard Ummat pada Solat Subuh

Saya ingin berkongsi beberapa persoalan yang pada pandangan saya agak thrilling. Persoalan-persoalan ini timbul apabila saya hampir habis membaca buku "Rahsia Solat Subuh" karangan Dr.Sirjani.

Saya ingin bertanya kepada diri saya dan para pembaca yang dihormati: bagaimana kita menilai atau meletak standard untuk satu ummat itu? Adakah pada kejauhan pencapaian saintifik dan teknologi? Atau pada kekayaan negara dan rakyat yang melimpah ruah? Atau pada seni artistik dan hiburan yang mengasyikkan jiwa?


Dr. Sirjani berpendapat, dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau, bahawa standard ketinggian satu-satu ummat itu dinilaikan pada keupayaan mereka menjaga solat Subuh secara berjemaah. Kalau dilihat pada generasi-generasi yang telah menggegar dunia pada suatu masa dahulu, solat Subuh secara berjemaah di masjid adalah suatu rutin. Bahkan solat malam menjadi suatu kemestian.

Dan kita lihat sekarang di mana kedudukan generasi muda Islam. Dan kita nilai sejauh mana generasi ini menghayati kepentingan solat Subuh. Para pembaca yang dihormati, Nabi S.A.W. pernah mengancam untuk membakar rumah-rumah mereka yang tidak pergi berjemaah di masjid di waktu subuh. Hadith ini ada disebut di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

wAllahu 'alam

No comments: