Saturday, May 2, 2009

Aku diberi Geng

Aku bersyukur kepada Tuhan Penguasa semesta alam atas satu pemberian kurnia yang tiada ternilai. Aku diberi-Nya "Geng". Oleh sebab "Geng", set kumpulan kawan-kawanku terbelah kepada dua, secara am.

Kenapa? Kerana "Geng" tak membenarkan aku berbicara perihal dunia sebelum aku sedar akan perihal hidupku di alam akhirat. "Geng" akan selalu bertanya kepadaku tentang asal aku, apa makna hidupku, dan kepada siapa aku harus pulang. Bukan kerana mahukan jawapan, tetapi kerana mengingatkan.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang telah beriman dan melakukan amal soleh, dan juga mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (al-'Asr: 1-3)

Kerana "Geng" tidak cepat menghukum. Itu haram, itu dosa, itu neraka. "Geng" tidak begitu. Dengan "Geng" aku mencari kepuasan dalam beragama. Mengamati dalil-dalil Tuhan dengan pancaindera. Bukan tunduk kepada kata-kata sebahagian manusia, ta'at membabi buta. "Geng" bersama aku dalam mencuba untuk fahamkan dan hayati kitab al-Quran dan sunnah ar-Rasul yang mulia. Bukan mengerah keringat aku menghafal kalam Tuhan dan hadis Nabi tanpa tahu arah dan makna.

"Wahai manusia! Abdikanlah dirimu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.
Dia-lah (Tuhan) yang telah menjadikan untuk kamu bumi ini sebagai hamparan, dan langit sebagai bangunan, dan Dia telah turunkan dari langit itu air hujan yang makan dengan air itu keluarlah berbagai jenis buah-buahan, sebagai rezeki buat kamu; maka janganlah kamu jadikan sekutu buat Allah (S.W.T.) sedangkan kamu tahu.
Dan kalau kamu masih ada menaruh syak tentang apa yang telah Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah datangkan satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah saksi-saksi daripada kalangan kamu selain Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
Maka kalau kamu tidak dapat melakukannya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat melakukannya, maka takutlah kamu terhadap azab neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu (berhala), yang disediakan untuk orang-orang yang kafir." (al-Baqarah: 21-24)


Maaf kepada kumpulan kawan-kawanku yang bukan "Geng". Kalian mungkin terasa hati kerana kadang-kadang dalam percakapan kami (aku & "Geng"), terkeluar sepatah dua kata-kata daripada bahasa "asing". Kadang-kadang kami tergembira atau tersedih tetapi kalian sukar untuk memahami. Bukan kerana kami mulia atau cuba memuliakan diri kami, cuma kami cuba melihat kehidupan daripada sudut yang berbeza, sudut yang diletakkan oleh yang Maha Pencipta.

Tuntutlah ilmu, kenallah Tuhan, yakinlah akan Hari Akhirat, belajarlah sirah Nabi untuk disusuli, nescaya kamu akan lebih memahami aku dan "Geng". Kerana, inilah yang aku & "Geng" cintai. Dan kerana inilah Tuhan ikatkan hati-hati kami.

wAllahu 'alam

2 comments:

Unknown said...

not really sure why, tapi rase sedih when bace this post :(

harith_fakhrudin said...

i was sad too when i was writing it. tapi itu lah realitinya