Sunday, April 26, 2009

Masalah lari

Kenapa kita lari daripada Masalah?
Sedangkan padanya tergantung buah-buah pelajaran,
buat bekalan kehidupan.

Kenapa kita lari daripada Masalah?
Sedangkan di sebaliknya terdapat jalan-jalan keluar,
resolusi kepada konflik dan persengketaan.

Kenapa kita lari daripada Masalah?
Sedangkan di dalamnya terkandung makna sabar.

Kenapa kita lari daripada Masalah?
Sedangkan sesudahnya teratur peluang-peluang,
untuk kita mencipta kebahagiaan,
berkongsi kebaikan.

Kenapa kita lari daripada Masalah?
Sedangkan dengannya kita mampu lukiskan pembaharuan,
keseronokan, dan keceriaan.

Kenapa kita lari daripada Masalah?
Sedangkan hakikat masalah itu adalah penyelesaian.

Tetapi, harus tetap waspada,
tatkala meniti liku-liku Masalah,
kerana bertaburan duri-duri putus asa, kecewa, hampa.

wAllahu 'alam

No comments: