Saturday, April 4, 2009

PM Malaysia ke-6


Tahniah & takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Ucapan tahniah itu mungkin sekadar ucapan "typical" di atas anugerah atau kejayaan seseorang. Tetapi yang saya lebih suka fokus kepada ucapan takziah kepada Perdana Menteri kita yang terbaru, sekadar mengingatkan bahawa amanah yang terpikul oleh bahu beliau bakal dipersoalkan oleh Tuhan yang Maha Agung.

Saya tidaklah terlalu terkejut dengan "stunts" PM Malaysia yang ke-6 ini apabila beliau membebaskan tahanan ISA yang kurang berminat untuk memberikan konfrantasi terhadap sebarang kelemahan pemerintahan beliau dan menarik semula keputusan menggantung lesen pengedaran akhbar utama parti pembangkang--Harakah dan Suara Keadilan--, dan turun bersemuka dengan rakyat. Langkah-langkah tersebut bukanlah apa yang diharapkan oleh pencinta tanah air ini. Bukanlah juga harapan mereka untuk mendengar satu lagi slogan baru seperti "One Malaysia" ataupun sebagainya.

Harapan mereka adalah perubahan dalam kehidupan. Keadilan dan keluhuran undang-undang dijunjung dan kezaliman dan kerakusan nafsu dihinakan.


Sebagai seorang rakyat Malaysia yang terlalu cintakan tanah airnya, pada waktu ini, saya berpendapat bahawa Datuk Seri Najib seharusnya menumpukan usaha beliau dalam tiga perkara:
1) Membersihkan nama beliau dalam kes pembunuhan Altantuya (kerana kes ini telah kecoh menjadi perhatian dan analisa di peringkat antarbangsa)
2) Mencari penyelesaian terhadap krisis politik di Perak
3) Meneruskan hasrat Pak Lah untuk membersihkan UMNO dan Barisan Nasional daripada salah guna kuasa dan politik wang.

Saya do'akan keampunan daripada Allah S.W.T. dan petunjuk-Nya kepada teraju baru kepimpinan negara, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

No comments: