Saidina Umar al-Khattab apabila ditanya mengenai makna taqwa menggambarkan taqwa seperti menempuh jalan yang penuh dengan onak dan duri. Bagaimanakah sikap kita ketika melalui jalan yang seperti itu? Sudah pasti kita sentiasa beringat dan berwaspada dan patuh kepada hukum bahawa duri itu menyakitkan.
Di dalam konteks sekarang, saya lebih berminat kepada definisi taqwa yang diberikan oleh al-fadhil Ustaz Hasrizal di dalam sebuah penulisan di blog beliau. itu adalah kepatuhan secara menyeluruh kepada Allah meliputi Syariatullah (hukum-hakam syariat) dan Sunnatullah (peraturan alam semulajadi). Saya ada menulis sedikit respon kepada penulisan al-fadhil ustaz tersebut di blog kedua saya. Penumpuan makna taqwa diberikan kepada permasalahan aktiviti dakwah di kampus.
No comments:
Post a Comment