Saturday, June 7, 2008

My email to Dr Mohd Asri

Following my recent post titled "Second Blog", I've sent an email to Ustaz Dr. Mohd Asri asking for more clarification on the issue of unauthorization of Islam Hadhari in Selangor. The email goes like this:

"Assalamualaikum SS Ustaz Mohd Asri,


Nama saya Harith Abdul Malek & saya pelajar kursus perubatan di sebuah universiti perubatan di Cyberjaya. Saya inginkan sedikit penjelasan dari pihak Ustaz berkenaan komen Dr Hasan Ali tentang isu pengharaman arak. Saya ingin meminta jasa baik Ustaz supaya dapat direct saya ke sumber kenyataan tersebut kerana saya telah cuba mencari di beberapa akhbar tempatan dan juga sumber internet, tetapi tidak dapat menjumpai kenyataan tersebut.

Berkenaan dengan pendirian kerajaan Selangor untuk mengharamkan promosi Islam Hadhari di masjid-masjid negeri itu, saya berpendapat usaha tersebut adalah untuk membetulkan kekeliruan tentang Islam yang telah timbul berikutan pengasasan Islam Hadhari. Sememangnya, tidak dinafikan isi kandungan projek Islam Hadhari tidak langsung bertentangan dengan pokok-pokok ajaran Islam yang sebenarnya. Tetapi kedatangan Islam Hadhari telah menimbulkan kecelaruan terhadap masyarakat Islam di Malaysia yang pemahaman tentang Islam itu sendiri sudah tidak teratur--dibaluti khurafat, bid'ah, dan sekularisme. Kecelaruan yang saya maksudkan (yang amat merbahaya kepada Akidah umat Islam) adalah masyarakat terutama, segolongan besar mahasiswa di institut2 pengajian tinggi tempatan, telah berpendapat bahawa kehadiran Islam Hadhari adalah satu pembaharuan yang menandakan Islam yang diwarisi dari Rasulullah memerlukan pendekatan moden supaya kita mampu berserasi dengan dunia barat.

Keputusan untuk mengharamkan promosi Islam Hadhari di masjid2 sememangnya nampak keterlaluan & seolah-olah mempolitikan agama. Tetapi, persoalannya adakah kita masih mahukan masjid2 di negeri2 ini memberi khutbah mempromosikan Islam Hadhari. Pelaksanaan Islam Hadhari sebelum ini pun tidak menampakkan kesan-kesan yang baik. Saya amat suka sekiranya Ustaz dapat memberi pendapat dalam bagaimana kita harus menangani kekeliruan yang ditimbulkan oleh kemunculan Islam Hadhari,

Sekian sahaja untuk kali ini, & saya amat menunggu balasan emel daripada Ustaz. Saya juga berharap saya dapat menimba ilmu menerusi perbualan emel yang saya harap tidak akan berhenti pada emel kali ini.

Jazakallahu khairan.
Wassalam,
-Harith Abdul Malek"

No comments: