Assalamualaikum kepada Encik Anonymous 1,
Saya akan cuba menjawab komen anda secara terperinci dan satu-persatu. Saya mulakan dengan bahagian yang pertama daripada komen anda:
"usrah mmg mendatangkan kebaikkan..tak dinafikan.. tp alasan yg diberi oleh sesetengah org utk tidak menyertai usrah mungkin ada sebab dan puncanya kenapa...tak pernahkah anda terpikir dan renungkan sebentar?? adakah anda pasti bahawa anggota2 tentera usrah benar2 seperti yg anda lakarkan dan gambarkan?? kenapa kami nampak seperti sebaliknya??? masing2 dgn ego tersendiri dan LU POYO LA BEB!!"
Pertama saya berharap saudara Ananymous 1 percaya bahawa pendidikan Islam (tarbiyatul Islamiah) amat diperlukan untuk membawa manusia daripada ruang jahiliyah kepada ruang keimanan dan ketamadunan. Menerusi tarbiyahlah Rasulullah S.A.W. membersihkan jiwa para sahabat daripada kekaratan jahiliyah.
Bagaimana Allah S.W.T mengajarkan Ar-Rasul S.A.W. cara-cara tarbiyah? Allah berfirman dalam al-Quran tentang asas-asas yang perlu dipenuhi dalam sistem tarbiyah:
"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." (Al-Jumuah: 2)
Tiga asas inilah yang diamalkan di dalam jilsah-jilsah ini:
1) membacakan ayat-ayat al-Quran
2) tazkiah diri (mensucikan diri daripada sifat jahiliyah dan dosa-dosa)
3) mempelajari ilmu-ilmu dalam al-Quran dan ilmu-ilmu Islam
Apa pun puncanya mereka tidak menyertai usrah, saya tidak percaya sebab-sebab tersebut cukup kukuh untuk menafikan penglibatan mereka ke dalam usrah untuk sepanjang hayat. Sistem pendidikan rohani (tarbiyah) secara kumpulan-kumpulan kecil ini adalah amalan para sahabat. Ia bukannya direka oleh sesetengah individu. Tak percaya? Saya tampilkan dua hadith dari Sahih Muslim di bawah. Berjaga-jaga encik Anonymous 1.
Hadith 6505 dari Buku 35:
"Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. mempunyai satu pasukan malaikat yang bergerak; malaikat-malaikat ini tidak mempunyai sebarang tugas lain selain daripada mencari majlis-majlis zikr (mengingati Allah S.W.T.) dan apabila mereka menjumpai satu majlis yang sedemikian, mereka akan duduk di dalamnya dan sebahagian mereka mengelilingi ahli majlis tersebut dengan sayap mereka sehinggakan ruangan antara langit dan bumi terpenuh oleh sayap-sayap mereka.
Dan apabila mereka bersurai (setelah tamatnya majlis zikr tersebut), mereka mendaki ke syurga dan Allah yang Maha Terpuji dan Agung bertanya kepada malaikat-malaikat tersebut seraya berfirman: Dari manakah kamu sekalian? Mereka menjawab: Kami baru kembali daripada hamba-hamba Mu di bumi yang memuji kamu dengan Subhanallah, Allahu akbar, laa ilaha illAllah, dan Alhamdulillah, dan mereka merayu daripadaMu. Allah S.W.T. berfirman lagi: Apakah yang mereka rayukan? Mereka merayu akan syurga Mu wahai Allah. Allah S.W.T. berfirman: Apakah mereka pernah melihat syurga Ku? Malaikat menjawab: Belum wahai Tuhan Kami. Allah S.W.T. berfirman lagi: Apakah yang berlaku sekiranya mereka dapat melihat syurga Ku? Malaikat menjawab: Nescaya mereka akan memohon perlindungan dari Mu. Allah S.W.T. berfirman: Perlindungan dari apakah yang mereka pohonkan? Malaikat menjawab: Perlindungan daripada api neraka Mu.
Allah S.W.T. berfirman kepada malaikat-malaikat tersebut: Apakah mereka pernah menyaksikan neraka Ku? Malaikat menjawab: Tidak pernah wahai Allah. Allah S.W.T. berfirman sebagai menyambung: Bagaimanakah sekiranya mereka dapat melihat neraka Ku? Malaikat menjawab: Mereka akan memohon pengampunan dari Mu wahai Tuhan sekelian alam.
Allah berfirman: Aku ampunkan mereka (ahli-ahli majlis zikr), aku makbulkan permintaan mereka, dan aku lindungi mereka daripada apa yang mereka memohon perlindungan daripadanya. Malaikat-malaikat itu berkata kepada Allah S.W.T.: Wahai Tuhan, ada di antara mereka yang ringkas orangnya, yang dengan izinMu telah melintasi majlis tersebut dan duduk di dalam majlis tersebut. Allah S.W.T. berfirman: Aku ampunkan juga si fulan bin si fulan kerana tidak siapa yang menduduki majlis itu yang tidak mendapat kurnia." (aw kama qaal)
Hadith 2 dari buku 57 (Sahih Bukhari):
"Diriwayatkan daripada Imran bin Hussain bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Yang terbaik di kalangan pengikut-pengikut aku adalah yang hidup dalam generasiku dan generasi yang akan menyusuli selepas mereka. (Sambungan seterusnya daripada hadith ini tidak begitu relevan dengan pos ini)"
Sadaqa Rasulullah S.A.W.
Berdasarkan dalil-dalil di atas, usrah adalah satu sistem tarbiyah yang warid (sah datang) daripada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A.. Jadi, adakah kerana kegagalan segelintir daripada manusia yang melalui jalan ini sudah cukup untuk anda menegah diri anda daripada menyertainya? Analogi yang lebih baik dapat kita saksikan daripada realiti yang menghimpit agama Islam yang maha tinggi. Adakah oleh kerana extremism yang ditonjolkan oleh 1% daripada jumlah pengikutnya ataupun kegagalan 10% daripada jumlah penganutnya dalam menuruti perintah Syariat, kita boleh jadikan alasan yang menegah kita daripada menerima kebenaran agama itu?
Saya terpaksa menyudahkan entri ini di sini. Kepada saudara Anonymous 1, harap dapat bersabar untuk respon seterusnya. Kita berdoa agar perbincangan ini membuahkan ilmu dan kebijaksanaan dalam menghayati agama.
wAllahu 'alam
2 comments:
Terima kasih tuan punya blog kerana sanggup membuat satu entry semata-mata utk menjawab persoalan saya,hamba Allah yng hina.Buat pengetahuan saudara, dr apa yg saya coretkan didlm comment sebelum ini, tidak pernah sesekali saya menyatakan atau menyuarakan protes mahupun ketidaksetujuan terhadap mengahadiri sebarang majlis usrah.. Memag tidak dpt dinafikan bahawa, majlis seumpama ini byk mendatangkan kebaikkan dan pelbagai ilmu agama yg disebarkan kerna saya juga pernah mengikuti majlis seumpama ini. Usrah yang saya anggotai dahulu di tmpt saya belajar, amatlah berkesan.. setiap ilmu yg disampaikan dan dikongsi bersama dpt diterima dgn hati yg terbuka.. kenapa yer?? ini adalah kerna setiap anggota didlm usrah tersebut, menyampaikan sesuatu dgn kerelaan hati yg benar2 ikhlas dan rasa tanggungjawab terhadap rakan seperjuang. Kasih sayang yg ditonjolkan benar2 dpt dirasai dan senang sekali berada disamping mereka..Inilah yg dinamakan ikatan sesama islam yg ukuh dan jauh sekali dari prasangka mahupun perasaan ingin menguasai ataupun mengetuai sesuatu (dlm kata lain,nak ikut kepala dier jer).
Saya tak mahu berahsia bahawa kita berada ditmpt belajar yg sama tp siapa saya biarlah tinggal tanda tanya.Sebenarnya, saya pernah mendegar keluahan hati ali bin ali bahawa dier meninggalkan usrah di kolej kita kerna anggotanya tidak seperti anggota usrah yg saya maksudkan td. Usrah itu seumpama tmpt mengadu dan menyebarkan berita tentang percintaan 2 merpati kpd pensyarah?? Apa motif sebenar kelakuan ini. disamping itu mereka2 ini sibuk dgn ego masing2. Yg A mahukan begini dan yg B mahukan sedemikian,manakala yg C pula bermasam muka.. Saudara kata usrah mewujudkan kasih sayang? sedangkan kasih sayang didlm usrah gagal diwujudkan dan tidak hairanlah kenapa ada antara kalian yg berkelakuan sombong, bongkak, ego, dan kurang sopan terhadap saudara islam yg lain. Seharusnya layanan yg equal diberikkan terhadap semua ciptaan Allah.Dan adakah anda pasti dgn ahli anda yg berkelakuan begitu, kami yg lemah ini ingin mengikuti jln anda?? tepuk dada masih mustahil 'iya' jawaban yg diberi. adakah permasalahan ini wujud kerna kedudukan sosial ataupun darjat kita dimata manusia amat tinggi? maksud saya kebykkan antara kita berasal dr golongan yg berada. Bahkan anggota usrah sy yg terdahulu, kebykkan mereka dr keluarga yg tidak berpunya..mereka ini lebih merendah diri tetapi kita di sini sebaliknya.. (ini hanya anggapan saya)
Selain itu, saya tidak pasti samada saudara ataupun anonymous lain yg menyatakan "jgn membenci kerna benci itu adalah penyakit hati" rasa ingin tergelak pun ada, rasa sedih pun ada. Pastikah yg kalian tidak membenci dan tidak menyimpan rasa benci terhadap org yg tertentu, jika benar kalian dijaln Allah..lupakan sahaja kesalahan mereka dan wujudkan sefahaman yg perlu menguntum bak bunga mawar yg sedia terjual di kedai bunga berhampiran. Jgnlah melanjutkan perasaan benci bak kata mereka benci penyakit hati. Ataupun kalian masih dgn sikap ego dan tidak mahu mengalah. Angkuhnya ciptaan tuhan ini..
maaf,anonymous1 bersuara kembali..
saudara anonymous yg dikasihi,
saya minta saudara luangkan sedikit masa untuk membaca kembali post saya yang bertajuk "Usrah" dan fokus di bahagian sepertiga akhir. saranan2 di bahagian tersebut adalah utk menangani masalah2 ego dan org lari dari usrah. tasawwur yang terpesong menyebabkan usrah meninggalkan kesan yang buruk kepada ahli-ahli mereka.
saudara anonymous yang lagi satu yang menasihatkan tentang benci itu penyakit hati. benar saya sendiri masih ada penyakit benci di hati. jujur saya akui. tapi adakah kerana saya mempunyai penyakit itu, saya tidak berhak menasihatkan saudara supaya menjauhi penyakit itu.
wAllahu 'alam. =)
Post a Comment