Saturday, June 14, 2008

Usrah

Pernahkah kau dipersoalkan begini apabila kau menjemput rakan-rakan kau menghadiri jilsah atau "usrah"?
-"Nak jadi baik bukannya setakat pegi usrah je!"
-"Kalau aku nak naikkan iman aku, banyak lagi cara lain selain daripada usrah!"
-"Aku tengok budak yang join usrah sama sahaja dengan yang lain."

Kawan-kawan, pada hakikat, mereka yang memberi persoalan lain ini cuba menutup kebaikan dengan memperkenalkan kebaikan lain yang mereka sendiri tidak amalkan. Mereka biasanya menutup kebaikan menghadiri jilsah dengan cuba menampilkan kebaikan yang lain seperti menghadiri ceramah agama, program-program kebajikan, atau perkara-perkara ma'ruf yang lain. Ataupun mereka cuba memburukkan jilsah-jilsah dengan mendedahkan kelemahan mereka yang menyertai jilsah-jilsah ini. Lihat bagaimana iblis telah berjaya membelit pemikiran mereka dengan membutakan mereka daripada melihat kebaikan sunnah sahabat-sahabat dengan kedua-dua jalan, kebaikan & keburukan.

Persoalan lain yang mungkin ditimbulkan adalah seperti berikut:
-"Siapa yang conduct usrah ni? Kalau si fulan bin si fulan, aku malas lah nak join. Dia tu kerek. Sembang je kemas. Mesti merapu nanti dia berceramah."
-"Aku tak boleh masuk dengan budak-budak usrah. Poyo."


Satu lagi kejayaan iblis dalam usahanya menutupi kebaikan duduk di dalam jilsah-jilsah kecil ini dengan memainkan api kedengkian. Aku dan sahabat-sahabat perlu sentiasa diingatkan akan tipu daya iblis ini. Siapa berani meningkah aku bahawa perkara ini berlaku saban hari dalam kehidupan kita?

Perjelaskan kepada umum dan pengikut-pengikut jilsah bahawa jilsah-jilsah ini diadakan bukan untuk kita mengaji agama semata-mata. Ia bukan sesi formal untuk menimba ilmu. Di sini adalah tempat untuk menghidupkan agama dalam diri, membina kecintaan sesama saudara seagama, dan memahami siapa manusia & hakikakt kehidupan yang tidak berakhir dengan kematian.

Taburkan benih cinta dan kasih sayang di dalam jilsah-jilsah saudara dan saudari dan buangkan prasangka. Kenali ahli-ahli jilsah. Belajar tentang keluarga mereka, kesukaan dan kehidupan mereka. Banyakkan alunan al-Quran dan hadis-hadis nabawi. Berceritalah tentang kehidupan Ar-Rasul dan sahabat-sahabat RA.Akhir sekali panjatkan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah supaya setiap hati dalam jilsah kita diberikan hidayah dan rahmah.

This entry is a response to an entry in a friend's blog.

4 comments:

Anonymous said...

usrah mmg mendatangkan kebaikkan..tak dinafikan.. tp alasan yg diberi oleh sesetengah org utk tidak menyertai usrah mungkin ada sebab dan puncanya kenapa...tak pernahkah anda terpikir dan renungkan sebentar?? adakah anda pasti bahawa anggota2 tentera usrah benar2 seperti yg anda lakarkan dan gambarkan?? kenapa kami nampak seperti sebaliknya??? masing2 dgn ego tersendiri dan LU POYO LA BEB!! dan tidak terlupa juga, jika benar si pulan bin pulan adalah punca utama mereka menjauhi usrah, lebih baik mereka teruskan pendirian itu dr menambahkan kebencian terhadap si pulan!!(buat tambah dosa jer!!!!) secara kesimpulan usrah itu sendiri mendatangkan kebaikkan tp bergantung juga kepada ahli yg menyertainya dan jgnlah bercinta terhadap org2 yg terpilih sahaja, tanamkan cinta terhadap SEMUA MAHKLUK TUHAN!!!

Anonymous said...

''mereka cuba memburukkan jilsah-jilsah dengan mendedahkan kelemahan mereka yang menyertai jilsah-jilsah ini''.

Lihat bagaimana iblis telah berjaya membelit pemikiran mereka dengan membutakan mereka daripada melihat kebaikan sunnah sahabat-sahabat dengan kedua-dua jalan, kebaikan & keburukan.

kpd ''anonymous'' jgnlah berckp tanpa alasan dan hujah yg benar2 kukuh walaupun tak berpuas hati dgn sstgh ahli usrah.mungkin situasi itu hanya berlaku di tmpt anda bljr shj=) cube berfikir dr segi positif.mungkin mereka nmpk berkelompok sesame mereka kerana lbh mudah utk menyampaikan dakwah kerana adanya individu yg bnr2 komited.bukan yg hanya sekadar dtg usrah sbb terpakse dan ikut2.

anonymous said:adakah anda pasti bahawa anggota2 tentera usrah benar2 seperti yg anda lakarkan dan gambarkan?? kenapa kami nampak seperti sebaliknya??? masing2 dgn ego tersendiri dan LU POYO LA BEB!!

-apa yg anda nmpk?ego?atau marah krn tdk diberi perhatian dan ingin diberi layanan baik sepertimana layanan yg diberi sesama kaum sejenis.anda perlu fikir jauh...masing2 punya cara tersendiri dan prinsip hdp tersendiri.bukan sume org mengikut arus yg sama sprti anda.kte hdp bermasyarakat,perlu wujudkan suasana harmoni dan toleransi.tak perlu membesarkan perkara yg kecil=) cuba anda bayangkan anda di tmpt mereka.bagaimana jika anda yg dikritik sedemikian?mungkin anda akn rasa sedih krn terdpt pihak yg cuba merendah2kn usaha anda.

anonymous said:jika benar si pulan bin pulan adalah punca utama mereka menjauhi usrah,lebih baik mereka teruskan pendirian itu dr menambahkan kebencian terhadap si pulan!!(buat tambah dosa jer!!!!)

-knape perlu benci terhdp si pulan?anda punya alasan yg kukuh?mungkin si pulan mempunyai pengaruh kuat sehingga byk kabar angin dan cerita2 buruk yg smpai ke pengetahuan anda.sejauh mana anda mengetahui kesahihan kabar2 angin tersebut?biarlah itu urusan si pulan dgn Allah.jika bnr atau slh biarlah Allah yg hukum.kita manusia tdk layak utk menghukum org yg blm tentu berslh melainkan ade bukti kukuh.tak perlu mewujudkan suasana benci membenci jika kita sndri belum sempurna apetah lg utk membenci sesama makhluk.sdgkan Allah pun syg akan hamba2Nya terutama yg menjalinkan silaturrahim.so jagelah hubungan ssame manusia dan sesame tuhan=) sifat benci tu penyakit hati,dtgnye dr hasutan syaitan.

anonymous said:jgnlah bercinta terhadap org2 yg terpilih sahaja, tanamkan cinta terhadap SEMUA MAHKLUK TUHAN!!!

berdsrkn kata2 tu,anda seperti mengalami situasi di mana terdpt pilih kasih.dan sy dpt rasakan ini berlaku antara pihak lelaki dan perempuan.jarang sekali ada perkara2 sbgini berlaku antara pihak sejenis.mcm mne nk tahu mereka cintakan sesama sndri atau tak?takkanlah laen2 jenis pun nk kne tunjukkan cinta tu.takut2 jd cinta terlarang pulak.cukuplah sekadar sygkn rakan2 dan org sekeliling kerana Allah..barulah hidup tenang dan tak wjud perkara2 mcm ni insyaAllah.

p/s:lalu2 terjmpe pulak blog saudara ni.thanks to anonymous ats pndangan yg diutarekan.at least dpt tahu cmne pndgn org laen terhdp org2 usrah ni..mmg setiap manusia ade kelemahan.tiada yg sempurna melainkan Allah.


bersabarlah dlm menjalankan dakwah.bukan namanya dakwah jika takde ujian,tohmahan dan cabaran=)

Azlin Halim said...

menarik komen2 diatas..
tapi hakikatnya:-
1. kenapa perlu membenci jika belum mengenali?-- kenali dulu hati budi setiap manusia tidak kiralah ahli usrah atau bukan, anda akan tahu.. kita tidak layak langsung untuk membenci sesiapa..setiap makhluk itu punya kelebihan tersendiri..
2. mungkin maksud anonymous1 berkenaan memilih cinta itu adalah cinta terhadap teman2..anonymous2 tak bolehlah nak cakap hal ini terbit antara lelaki dan perempuan, anda belum mengenali hati budi anonymous1..kita tidak tahu apa ada difikirannya..
3. jangan terus2 melemparkan pelbagai soalan dan mengatakannya salah,salah dan salah..itulah masalah kebanyakkan para da'ie.. cuba kenali dan cintai (maksud saya antara hamba Allah, x lebih dari itu) mad'u anda itu lebih mudah jika anda ingin mendekati mereka.. insan2 begini jiwa mereka belum terdidik.. perlu lebih bersabar menghadapi mereka..
4. akhir sekali, selalunya orang diluar sana akan cuba menilai ahli2 usrah adalah terdiri dari orang2 yang hebat agamanya..mereka tidak tahu, ramai juga yang baru mencari dan menemui diri..oleh itu akan kelihatanlah sedikit cacat celanya.. jangan mudah judge org drpd apa yg kita nampak dan dengar.. kenali dulu.. kalau tidak berkesempatan untuk mengenali pun, cuba fikirkan dari satu sudut lain.. personality seseorang itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya..tiada insan lain yg serupa..

harith_fakhrudin said...

kepada ananymous1, saya akan tulis satu post sbg respon kepada pandangan saudara. mungking esok atau lusa. saya agak kesuntukan masa. semoga kita dapat terus berbincang dan berkongsi,